Ahad, 4 Disember 2011

Umno angkuh dan bongkak macam Firaun mengaku Tuhan

Saya ada tulis kalau dah jadi lembu janganla nak lembukan rakyat pulak.Itu Umno buat , ini Umno buat .Lepas tu tengok posting saudara Aspan Alias dalam blognya Umno:Yang boleh memerintah hanyalah Aku, yang boleh menjamin kamu adalah Aku....semuanya Aku! antara lain beliau menulis ;

"Tidak ada UMNO, negara langsung tidak ada apa-apa dan rakyat seolah-olah akan mati kebuluran. Kalau tidak ada UMNO, Melayu akan telanjang tanpa pakaian. Kalau tidak ada UMNO, tidak ada lebuhraya tetapi tidak di keluarkan pula betapa setengah yang berkuasa telah memeras rakyat melalui perjanjian concessionaire yang di rahsiakan dari rakyat dan di letakkan dalam akta rahsia resmi.

Katanya jika tidak ada UMNO, rakyat kita tidak akan dapat pelajaran dan berbagai-bagai lagi dan semuanya ini adalah pengakuan yang mengambi alih kerja Tuhan Maha Esa.

Ramai sudah jemu dengan ungkapan takbur yang itu UMNO buat, ini UMNO buat, semuanya UMNO buat dan boleh menjamin kehidupan kamu di dunia dan akhirat. Tetapi tidak pula mereka memberitahu berapa billion pemimpin kita kebas dalam pembelian peralatan senjata perang. Tidak juga mereka memberi tahu rakyat dalam projek MRT itu berapa billion individu-individu itu dapat dan keluarga mana yang kebas"


Zaman Nabi Musa A.S Firaun mengaku beliaulah Tuhan.Dah lama sejak Umno berkuasa di negara ini Umno berlagak itu ini Umno buat berlagak macam Firaun yang mengaku Tuhan !Semua nak kena kenang jasa dan budi sedangkan apa yang mereka bagi kepada rakyat adalah duit rakyat bukan duit Umno.

Persidangan Umno yang berakhir semalam dilihat daripada ekor dan kepala semuanya sama.Tidak ada apa-apa agenda untuk kepentingan Islam hanya berkokok lantang di luar gelanggang kononnya Umnolah pejuang agama.Apa agenda Umno terhadap Islam dan hukum Islam?Apa agenda Umno untuk atasi gejala sosial dan moral anak muda Islam yang semakin kritikal?Wakil Umno yang bincang bab agama hanya larang tok khatib jangan lepas geram ketika baca khutbah.

Yang ada daripada ekor sampai kepala ialah persidangan kutuk parti lawan daripada hari pertama persidangan hingga hari terakhir.Tidak ada cara bagi Umno untuk atasi penyakit kritikal parti itu yang ada penyakit tiga serangkai (kencing manis, jantung dan buah pinggang).Mereka hanya bimbang yang teramat sangat jika sudah tak berkuasa lagi di Putrajaya.Semoga jadi kenyataan umno hilang kuasa di Putrajaya.


Umno macam orang tua usik budak -budak yang berjalan dalam gelap.kata ada hantu.Diberitahunya kepada orang Melayu kata Dap anti Melayu, anti raja dan sultan, Pas dan PKR pengkhianat Melayu.Dap ka yang bunuh orang Melayu di Memali?Pas dan PKR kah yang sapu saham bumiputera dan Melayu hingga lesap RM52 bilion?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan