Desakan daripada dalam Umno supaya Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil letak jawatan sebagai menteri semakin kuat.Team yang suruh Shahrizat letak jawatan tu antaranya Bung Mokhtar, Ketua Umno Cheras Syed Ali Alhabshee, Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi dan juga mantan PM Tun Mahathir.Sementara Team yang bela Shahrizat pula dibarisi PM Najib, TPM Muhyidiin, Pak Lah dan juga menantu Pak Lah Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia.
Apakah pertembungan ini hanya sekadar ambik berat akan isu lembu keluarga Shahrizat yang guna dana awam yang dilaporkan rugi RM250 juta dalam laporan Ketua Audit Negara.Apakah ini pertembungan olok-olok.Satu pihak sokong Shahrizat satu pihak lawan Shahrizat.Apa kesudahannya?
Kata saudara Aspan Alias dalam blog beliau keseluruhannya Umno dah rosak .Busuk ikan bermula daripada kepalanya."Saya telah selalu sebut tentang perkara ini: iaitu yang membuat salah
yang lebih besar meminta pemimpin lain yang telah melakukan kesalahan
yang sama untuk berhenti. Ini merupakan satu perkara yang tidak adil.
Benar,
Shahrizat wajar berhenti, tetapi yang lain-lain pun perlu berhenti
kerana telah melakukan kesalahan yang sama suatu ketika dahulu. Lagi pun
apa yang dilakukan oleh Shahrizat ini sepatutnya diambil
‘accountability’nya oleh keseluruhan barisan kabinet kerajaan.
Moralnya
Najib dan semua ahli-ahli jemaah kabinetnya perlu berhenti dalam isu
NFC ini. Itulah etikanya. Dr Mahathir patut menyeru semua ahli jemaah
kabinet negara berhenti bersama-sama dengan Sharizat Jalil. Kesemua
mereka itu sama sahaja."Baca di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan