Najib dakwa masa depan Melayu 'gerhana' jika Pakatan menang PRU-M'insider
Datuk Seri Najib Razak memberi amaran masa depan orang Melayu akan
“gerhana” jika Barisan Nasional (BN) pimpinannya tidak lagi kekal
berkuasa dalam pilihan raya umum ke-13.
Susulan ketegasan pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno hujung minggu
lalu, perdana menteri memberitahu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang
mendakwa mempunyai keahlian lebih dua juta orang bahawa menjadi
tanggungjawab mereka untuk mempertahankan kerajaan semasa.
“Pilihan alternatif, adakah mereka lebih baik daripada apa yang ada
sekarang? Adakah mereka boleh menjamin kuasa kita tidak dibuang atau
kedudukan kita tidak terhakis? Bagaimana dengan maruah Islam dan orang
Melayu?” kata beliau pada pertemuan anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia’s (Pekida) di sini hari ini.
Najib juga memberi amaran negara akan menghadapi pelbagai ancaman
sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
“Kita akan terus mempertahankan pemerintahan sedia ada dan berjuang
berhabis-habisan untuk menegakkan pemerintahan yang memperjuangkan
martabat Melayu dan Islam.
“Mereka (Pakatan) menawarkan janji alternatif yang menarik, sedangkan
mereka sendiri belum tahu sama ada dapat menunaikannya atau tidak,”
kata Najib.
Tambah beliau, rakyat tiada pilihan lain selain mengekalkan kerajaan
sedia ada bagi memastikan kemakmuran dan keamanan negara ini terus
terpelihara.
“Kita tiada pilihan lain, hanya kerajaan sedia ada yang mampu
menjamin keamanan dan kesejahteraan negara, saya tidak dapat bayangkan
sekiranya kita terlepas kuasa ini, masa depan akan berubah menjadi
gerhana dan cita-cita kita akan terkubur begitu sahaja,” tegasnya
merujuk kepada Pakatan Rakyat yang dilihat tidak berwibawa untuk
mentadbir negara ini.
“Mereka belum memerintah, tetapi sudah berjanji untuk memberi bulan
dan bintang kepada rakyat,” katanya lagi menegaskan hanya Umno dan BN
yang memperjuangkan martabat Melayu dan agama Islam di negara ini.
Jelas Najib lagi, BN juga menolak fahaman ekstremis yang cuba merosakkan hubungan kaum di negara ini.
“BN menolak fahaman yang ekstrem, fahaman itu bukan dasar
pemerintahan BN, tetapi kerajaan lebih kepada membantu dan menghulurkan
tangan kepada kaum lain untuk kemakmuran negara,” tegasnya
mempertikaikan dakwaan pembangkang yang menyatakan Umno dan BN bersifat
rasis.
“Melayu tidak pernah berat sebelah, tidak pernah menjadi rasis
semenjak mentadbir negara ini sejak merdeka, bahkan memberikan keadilan
kepada semua,” tegasnya lagi.
Ini menggambarkan bahawa Umno dalam ketakutan yang amat sangat.Takut hilang kuasa.Apa yang dibincangkan dalam persidangan Umno yang baru berlalu?.Lembu dan mahu Umno terus kekal berkuasa. Tidak ada agenda Melayu yang ada agenda Umno.Agenda Umno ialah kuasa , duit dan projek.Hilang Umno maka meranalah kroni Umno tapi bukan Melayu yang merana.Hilanglah segala komisen, hilanglah segala kesedapan melantak harta rakyat, duit rakyat untuk kroni.Ini yang dibimbangkan Najib.
Ini namanya hina bangsa Melayu yang kena bertongkat kepada Umno.Tak ada maruah sangatkah bangsa Melayu tanpa Umno?Sampai bila orang Melayu kena minta sedekah dan jadi pak yet Umno?Adakah di Kelantan kuasa Melayu hilangAdakah di Kedah kuasa Melayu hilang?Adakah sudah tidak ada raja dan Sultan di Kelantan , Selangor,dan Kedah bila PR berkuasa?
Ketakutan Najib ini ada hubungkaitnya dengan anak muda kini yang tidak menyokong Umno-BN.Pelajar universiti sudah bangkit dan berani melawan kerana tuntut hak mereka yang dicabul sekian lama.Hannya janji dan janji tapi semua penipu.
Najib juga takut jika Umno kalah pru 13 dan hilang Putrajaya nasib pemimpin UMno-BN dalam bahaya.Siapa yang kebas saham bumiputera RM52 bilion akan terbongkar.Penyelewengan Felda akan dibongkar .Ini semua ada kaitan dengan orang Melayu.Siapa berani kata yang jahanamkan hak Melayu bukan Umno?
Bersumpah dan berbai'ah takut orang Umno sendiri cabut lari tinggalkan Umno.Macammana orang Melayu masih taruh harapan kepada Umno ha ha.Takkan bodoh sangat kita nak sokong Umno yang kini sudah tak percaya kepada Umno.
Berani Najib kutuk dan bagi amaran kepada Chua Soi Lek yang hina Islam dan hukum Islam?Melayu yang bermaruah ialah Melayu yang berani pertahankan Islam bukan biarkan diperlekehkan oleh Big Brother Chua Soi Lek.
Kalau betul jaga hak orang Melayu kenapa sekat royalti minyak untuk orang Melayu di Kelantan.Kelantan bukan Melayu ka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan