Perwakilan Umno tidak minat bahas isu ekonomi-Zabidi Saidi (TheMalaysianinisder)
Semalam Perhimpunan Agung
Tahunan Umno telah mempertimbangkan usul ekonomi yang dibawa oleh wakil
Perak, Datuk Idris Hashim. Ketika mencadangkan usul tersebut beliau
tidak mengemukakan cara mana kerajaan mahu menurunkan harga barang
sebaliknya beliau lebih banyak bercakap hal politik dalam usul tersebut.
Beliau bertanya siapa yang buat infrastuktur? Siapa yang beri subsidi minyak? Segala pertanyaannya itu dijawabnya — Umno.
Dalam mencadangkan usul seperti ini, perwakilan seharusnya serius
mencadangkan bagaimana kerajaan patut menurunkan harga minyak, gula,
beras, gandum dan minyak masak. Sepatutnya beliau bertanya adakah cukup
dengan pelaksanaan Kedai 1Malaysia sahaja dalam menyelesaikan isu
kenaikan harga barang?
Seperti biasa, perwakilan Umno tidak berminat membincangkan usul ekonomi.
Mereka lebih suka mendengar pembahas membawa cerita lucu dan tidak mahu mendengar cerita serius seperti usul ekonomi ini.
Datuk Rosni Aziz dari Pahang mencadangkan pemimpin Umno dilantik
sebagai Pengerusi GLC. Benarkah bila orang Umno jadi Pengerusi GLC,
orang Melayu mudah ditolong? Cuba tanya Idris yang juga Pengerusi
Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sudah banyak mana PNS menolong usahawan
Melayu?
Ramai usahawan Melayu kecewa kerana PNS tidak semudah itu memberi
pinjaman kepada usahawan Melayu, sebaliknya kroni menteri mudah dapat
pinjaman walaupun tiada perniagaan yang mereka buat.
Wakil Sabah, Datuk Hasnor Ayub menceritakan kejayaan kerajaan Sabah
mendapat pengiktirafan sijil bersih audit tiga tahun berturut-turut.
Sepatutnya wakil Sabah buat cadangan kepada Umno pusat apa yang mahu
dibuat lagi di Sabah dan bukannya menceritakan apa yang dicapai oleh
kerajaan Sabah.
Wakil Selangor, Sudirman Rahmat mengingatkan orang Cina jangan takut
bila orang Melayu dapat projek kerana mereka juga dapat nikmat. Biasanya
orang Melayu akan beri subkontrak kepada orang Cina.
Sementara itu, wakil dari Wilayah Persekutuan, Datuk Azim Zabidi
mencadangkan penubuhan Perbadanan Tabung Kampung Baru bagi orang yang
tidak bersetuju tanah mereka diambil kerajaan untuk dimajukan.Wakil
Wanita, Normala Abdul Samad pula meminta kerajaan melaksanakan segera
gaji minimum bagi pekerja-pekerja swasta.
Ketika usul ekonomi dibahaskan, Dewan Merdeka kelihatan kosong.
Ramai perwakilan berada di luar dewan. Mereka tidak berminat
mendengar usul serius ini dibahaskan apatah lagi mereka tidak dapat
gelak-ketawa seperti mana usul politik yang mana pembahasnya banyak
mengelaurkan cerita lucu.-M'insider
Kenapa tak cakap balai polis, balai bomba ,JPJ, Puspakom,JKR Umno buat ha ha.Gila memang gila.Ini yang ditanam dalam fikiran orang Melayu sejak dahulu kala.Tidakkah syirik dan rosak akidah bertuhankan kebendaan Umno?Tidakkah rosak akidah bila berkata tanpa Umno Melayu punah, Melayu merempat?Bodoh sangatkah kita yang belajar agama, yang ada pendidikan dalam dunia tanpa sempadan nak percaya agenda karut marut Umno ni?Awat tak kata sama pusat judi, rumah jalang,kedai tikam nombor ekor Umno yang buat?
Kasihan memang kasihan dalam dunia yang dah tua ini masih ramai orang Melayu bertuhankan kebendaan Umno.Perwakilan tahap fikiran apa la sampai di tengah kota Kuala Lumpur nak bodohkan orang Melayu.Adakah kebendaan ni nak diberitahu kepada Mat Bangla, Mat Myanmar, Mat Indon yang dapat IC? Ha ha..Kalau semua Umno buat, buat apa kutip cukai jalan, cukai pintu , cukai pendapatan, cukai kastam, cukai makan di restoran makanan segera?
Kenapa perwakilan tak minat bincang pasal ekonomi?Perwakilan Umno semua orang berduit.Semua tidur di hotel-hotel mewah di Kuala Lumpur mana ada yang tidur di masjid dan surau.Kalau ada yang kena tidur di masjid mampoih depa tak mai PWTC.Semua datang dengan kereta mewah dan besar.Depa bukan orang susah buat apa nak bincang hal ekonomi orang Melayu.Janji perut sendiri kenyang sudah la.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan