Jumaat, 2 Disember 2011

Pru 13 peluang rakyat untuk merdeka kali kedua,jangan harap apa-apa perubahan jika tidak tukar kerajaan, kata Dr Aziz Bari

Profesor Dr Aziz Bari pensyarah undang-undang yang juga pakar perlembagaan mengecam tindakan regim Umno-BN yang meluluskan akta Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 (RUU) di parlimen beberapa hari yang lalu.Beliau semasa berucap sebagai ahli panel dalam forum 'Apa Salah Kami?' bersama Bob Lokman di markaz Pas Seksyen 18, Shah Alam malam tadi berkata bahawa RUU ini akta gila diluluskan oleh kerajaan yang gila.Akta RUU ini lebih teruk daripada zaman penjajah British yang jajah Malaya..

Dr Aziz Bari juga dalam ucapannya berkata banyak kerajaan yang hampir jatuh memang beli banyak senjata sebagai persediaan hadapi gelombang kebangkitan rakyat.Rakyat kena buat perubahan dalam pru 13 akan datang dengan menukar kerajaan yang ada di Putrajaya untuk merdeka kali kedua.Selagi tidak tukar kerajaan yang ada jangan harap apa-apa perubahan kata Dr Aziz Bari.

Dr Aziz Bari juga berkata bercakap benar memang ada risikonya tapi berbaloi.Beliau berkata demikian mengenai kes beliau yang dituduh derhaka kepada Sultan dan kontroversi kes Jais serbu gereja yang didakwa cuba memurtadkan orang Islam.Dr Aziz juga menjelaskan bahawa kuasa politik dijalankan oleh MB bukan pihak lain.Dr Aziz pernah menerima ugutan kiriman peluru hidup hingga kini beliau tiak buat laporan polis.

Mengenai desakan pihak-pihak tertentu desak beliau mohon maaf kepada sultan beliau berkata , "Apa salah saya?, saya tidak maki hamun sultan macam Tun Mahathir buat dulu kepada raja."Jelas beliau lagi," kenapa saya harus letak jawatan, kalau berundur sekalipun tak bererti kalah, macam main bola kalah satu dua gol dalam permainan tapi bila habis game kita menang.Yang penting kita kena menang perang."

1 ulasan:

  1. nantikan kebangkitan rakyat dlm PRU 13..UMNO xleh tdo lena lglahlpas ni..tu pakat selak hbis dlm perhimpunan..masing2 nak tunjung taring tapi dalam dok kecut perut isu kroni masing2 g diketahui rakyat..kpd warhanegara MALAYSIA pastikan anda mendaftar undi dan mengundi PAKATAN RAKYAT..sbb apa KENA UNDI..sbb 3TAHUN PENTADBIRAN PAKATAN RAKYAT pelbagai skim MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR diadakan..taim zaman UMNO tadbir SELANGOR adake sume ni...so..ada akal, ada fikiran..anda fikirla sdiri..btlah pilihan yg tepat

    BalasPadam