Khamis, 8 Disember 2011

Lembu NFC:Berani Khairy debat pertahan Shahrizat Ketua Wanita Umno?

Gambar di atas daripada FB  Mohd Shafie Mohd Yusuf

SKANDAL NFC:
KEADILAN BERSEDIA DEBAT DI PWTC BILA-BILA MASA


 Saya menerima sepucuk surat dari Pergerakan Pemuda UMNO bertarikh 6
Disember 2011 yang memaklumkan Saudara Khairy Jamaluddin tidak dapat
menerima jemputan berdebat mengenai NFC pada tarikh asal 12 Disember
2011 kerana bertembung dengan program beliau yang lain.

Sedang saya berterima kasih kerana beliau akhirnya menjawab jemputan
debat yang dibuat pada 18 November 2011, saya kesal kerana beliau
mengambil masa tiga minggu untuk memaklumkan perkara tersebut
seolah-olah beliau cuba melengah-lengahkan debat ini yang telah pun
dipersetujui beliau.

Oleh yang demikian, saya telah mengutus jawapan balas bertarikh 8
Disember 2011 memaklumkan perkara-perkara berikut:

1. Saya sudi meluangkan masa pada mana-mana tarikh dalam tahun 2011
dan 2012 untuk memastikan debat tersebut dapat diadakan. Saudara
Khairy hanya perlu memilih satu tarikh yang sesuai untuk beliau.

2. Saya mencadangkan supaya debat tersebut diadakan di PWTC untuk
memberi keselesaan dan ketenangan kepada Saudara Khairy apabila
dilangsungkan di ibu pejabat UMNO sendiri.

3. Sekiranya setelah kesemua kelonggaran ini beliau masih
berdolak dalih dan tidak memberikan satu tarikh menjelang 12 tengahari
12 Disember 2011, saya menyimpulkan beliau tidak berani untuk berdebat
dalam hal ini.

4. Jika ini berlaku, KEADILAN akan meneruskan juga sebuah debat
membongkar penyelewengan NFC pada 19 Disember 2011. Sekiranya Saudara
Khairy tiba-tiba berubah fikiran menjelang tarikh tersebut, penyertaan
beliau di dalam debat tersebut dialu-alukan.

Sebagai pemimpin UMNO yang paling lantang mempertahankan NFC, wajarlah
Saudara Khairy meluangkan sedikit masa untuk menerangkan kepada rakyat
beberapa keputusan pelaburan yang dibuat NFC yang menimbulkan
kemarahan rakyat, termasuklah penjelasan beliau sebelum itu bahawa
pembelian 2 kondominium mewah adalah pelaburan bijak yang dibuat NFC.

Saya menunggu jawapan dari Saudara Khairy dan yakin beliau tidak akan
menghampakan harapan rakyat.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


Sumber TT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan