Isnin, 5 Disember 2011

Berita yang patut rakyat Malaysia fikirkan

Dua angkasawan Russia mengundi dari Angkasa-Mstar online

Dua angkasawan Rusia, Anton Shkaplerov, 32, dan Anatoly Ivanishin, 42, membuang undi bagi pilihan raya Parlimen Rusia dari ruang angkasa semalam, lapor agensi berita Interfax. Dua orang krew Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) itu membuang undi pada altitud 350 kilometer dari Bumi menggunakan talian ke pusat kawalan misi di Moscow.
Mereka berada di orbit sejak November dan dijangka akan pulang ke Bumi pada bulan Mac tahun depan.-Mstar online

Tiada undi pos.Rakyat kita di luar negara tidak dibenarkan mengundi
Pasukan keselamatan kita polis tentera, askar wataniah undi pos!
Warga asing  diberikan MyKad untuk mengundi.Ini terbukti berlaku di Sabah.
Berapa jarak pos tentera dan balai polis kita dengan pusat mengundi?
Selagi undi pos ini wujud sebagai aset simpanan tetap Umno selagi itulah BN cakap besar untuk berkuasa selama-lamanya di Putrajaya.
Bertan-tan cakap pasal agama, hukum hakam agama tapi jadi kaki kelentong dan pengecut tak berani hapus undi pos.Kena minta fatwa nak calit jari untuk mengundi hina hukum Islam tak perlu dipersoalkan.
Negara bekas komunis tak ada undi pos .Negara kita dabik dada kata martabatkan Islam tapi takut hapuskan undi pos.
Lihat betapa pentingnya walaupun dua undi di Angkasa.Kita lihat rakyat kita berapa ramai yang cukup umur 21 tahun tidak daftar sebagai pengundi.Satu undi majoriti dikira menang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan