Sabtu, 24 Disember 2011

Dah puas baling taik kat muka Pas Hasan Ali tarik balik dan minta maaf

Saya ketawa bila baca dalam harakahdaily 'Saya tarik balik kritik Negara Kebajikan-Hasan Ali'.Kata kawan saya 'Hasan Ali bukan Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam yang pernah digantung jawatan  dalam parti selama 6 bulan oleh jawatankuasa disiplin parti yang dipengerusikan Tuan Ibrahim Tuan Man.Masa tu depa dua iaitu Hasan Ali dan Khalid Samad didapati bersalah .Hasan Ali masa tu sebagai PJ Pas Selangor hanya diberi amaran saja."

Saya sikitpun tak rasa apa-apa bila Hasan Ali tarik balik kenyataan terbukanya bantai partinya sendiri, baling taik kat muka Pas.Tau sebab apa?Pertamanya bila Hasan Ali yang kini jadi idola media arus perdana milik Umno kata beliau dapat sokongan Murshidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz. Tengok-tengok Tok Guru Nik Aziz kata dalam FBnya beliau sikitpun tak sokong Hasan Ali dalam kemelut yang ditimbulkan Hasan Ali.Adakah Hasan Ali bukan kaki temberang dan kaki putar belit bila bercakap?

Hasan Ali yang kini menyinga, tak boleh ditegur, nampak bongkak dan sombong mungkin kerana beliau tahu pemimpin Pas , badan disiplin Pas tidak akan mengapa-apakan beliau .Kalau kena tindakan mungkin hanya amaran saja sebab namanya Hasan Ali bukan Khalid Samad!

Hasan Ali orangnya hebat ada macam-macam gelaran datuk jadi payahlah sikit Pas nak ambik apa-apa tindakan.Kini Hasan Ali yang didakwa ada buat hubungan dalam gelap dengan Umno di Hotel Le Meridian bulan puasa lalu oleh Cikgu Pa Setiausaha Agung Pas Pusat kini berkata 'Bukan saya , Mustafa yang jumpa Umno." Ha Ha Ha .Siapa main siapa.Mula-mula Hasan kata TGNA sokong dia kini dia baling taik tu kat muka Cik Gu Pa pulak.Haaa ambik ambik!

Hasan Ali juga kata 'media arus perdana beri saya lebih liputan daripada Harakah'.Ya la sebab hanya kepala Hasan Ali saja lagi yang media Umno tak telan.Yang lain dah habis kena telan.Ingat Umno bodoh, syaitan bodoh kalau dia goda kita dia tak dapat untung dan laba?

Takziah kepada keluarga Adun Tendong (Pas) Allahyarham Dr Muhammad Md Daud yang telah meninggal dunia.Begitu juga kepada keluarga Allahyarham Dr Abdul Hamid Othman bekas Menteri Dijabatan Perdana Menteri.Moga mereka berdua diampunkan segala dosa oleh Allah SWT.

2 ulasan:

  1. MisaiMerah :
    bukan asam ali baling taik kepada parti PAS, bahkan asam ali kecing atas kepala ahli PAS dan berak dalam kopiah pimpinan PAS.
    beritahu pimpinan PAS, bahawa tiada jawapan kepada asam ali kecuali "berambus keluar daripada PAS".
    selagi pimpinan masih memelihara asam ali, selagi itulah ahli PAS terhakis kepercayaan kepada pimpinan PAS.

    BalasPadam
  2. Kalau dah Stopa yg pergi jumpa Umno, apasal plak Hasan yg kena?

    BalasPadam