Rabu, 7 Disember 2011

Mak Cik Felda sila hadir ramai-ramai

Gerakan Selamatkan Felda di Jengka Khamis ini

Orang ramai khususnya warga Felda sekali lagi diajak ke program pelancaran ‘Gerakan Selamatkan Felda’ peringkat kebangsaan pada 8 Disember ini, di perkarangan Masjid Lama Bandar Jengka, Pahang.

Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, program itu bertujuan memberi penerangan kepada warga Felda mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke dalam Bursa Saham Malaysia (BSKL).

Penyenaraian itu akan menyebabkan 360,000 hektar tanah dicagar kepada FGVH bermula Januari tahun hadapan.
Pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakob dan Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa), Razman Zakaria dijangka memberikan penerangan mengikut pengalaman masing-masing.

"Program ini akan bermula dengan solat Maghrib dan solat hajat yang akan dipimpin oleh Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man disusuli dengan sesi penerangan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Program itu akan diteruskan ke Kolej Universiti Islam Zulkifli Ahmad (KUISZM) di Taman Melewar pada 10 Disember dan ke Segamat pada 11 Disember dan akan bergerak ke negeri-negeri lain.

Selain itu, Mazlan turut memberitahu, pada 20 Disember pula, Anak akan mengetuai kira-kira 30 peneroka Felda di seluruh negara untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri mendesak jawatan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan Datuk Sabri Ahmad sebagai Pengarah Urusan FGVH dilucutkan.

Ia rentetan daripada kempen mansuhkan Isa yang mengumpul tandatangan bantahan peneroka Felda terhadap Isa yang dilancarkan 18 Oktober lalu.

"Dalam memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak, kita mendesak Isa dan Sabri digugurkan daripada jawatan masing-masing serta mendesak kerajaan membatalkan cadangan penyenaraian FGVH," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Tegas Mazlan lagi, sekiranya tiada sebarang tindakan daripada Najib, Anak akan mendapatkan perintah mahkamah agar melarang Felda melakukan penyenaraian itu.

Ianya akan dilakukan sebelum mesyuarat agung luar biasa Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang dijangka pada 5 Januari tahun hadapan.

"Kita telah berbincang dengan pihak peguam mengenai tindakan mahkamah ini dan jika tak ada respon dariapda Perdana Menteri, kita akan abil tindakan mahkamahlah kerana penyenaraian ini melibatkan cagaran aset peneroka," katanya.-Harakahdaily

Sila hadir ramai-ramai wahai peneroka Felda.Generasi kedua Felda yang celik IT kena tolong mak bapak anda jangan biarkan hak anda terus dicerobohi.Buka minda seluas-luasnya jangan kena tipu seumur hidup.Rugi hidup kalau asyik kena tipu siang malam, pagi petang.Baca dan tengok video di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan