Jumaat, 1 April 2011

Kalau betul blue film tu 'ori' siapa pelakonnya?


IGP:Video seks didedah 'Datuk T' tulen-Themalaysianinsider

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pakar-pakar tempatan telah mengesahkan bahawa rakaman video seks, yang didedahkan oleh “Datuk T” awal minggu lalu, bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.Gambar sebelah daripada malaysiakini.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti ahli politik yang didakwa terlibat dalam adegan seks dalam rakaman video seks itu.

Ismail berkata ia adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes tersebut dan kertas siasatan akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Pada 23 Mac lalu, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengaku bahawa beliaulah yang mempertontonkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara.

Shazryl juga mendedahkan bahawa gelaran ‘‘Datuk T’’ merujuk kepada tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks itu, yang sebenarnya bermakna ‘‘trio’’ iaitu beliau sendiri, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Polis telah menubuhkan satu pasukan khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Siasatan itu dibuat ekoran laporan polis oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan.-Themalaysianinsider

Kalau polis dah buat pendedahan awal mengatakan blue film tu ori bukan dah diedit siapa pelakon handalan video lucah berkenaan?Segalanya semakin panas dan memanaskan.

2 ulasan:

  1. Uit!! Hang betui-betui ikhlas ka nak tau sapa pelakun handalan tu Misai??? Biaq betui....Hj Hadi & Nik Aziz pun tak mau amik tau...
    Hang pi tanya la Mat Sabu....dia dah tau dah kut...

    BalasPadam
  2. Dari Sayyidina Ali ;
    "Penghancur punggungku di dunia ini ada dua orang, iaitu orang yang pandai berbicara namun dirinya seorang yg fasik dan orang yg bodoh namun selalu tekun beribadah. Yang seorang akan membela kefasikan dgn lidahnya sedangkan yg seorang lagi akan membela kebodohan dgn ibadahnya. Berhati-hatilah dari para cerdik pandai yg fasik dan para ahli ibadah yg bodoh. Kerana mereka adalah sebesar-besar fitnah bagi setiap orang yg mudah terpedaya."

    Sekoq PKR....sekoq lagi???

    BalasPadam