Seperti yang selalu dikatakan Umno ingat musuh depa hanya Anwar Ibrahim.Jadi Umno guna strategi hancur dan bunuh dulu karier politik Anwar yang lain kira kemudian.Kalu boleh Anwar pun nak ditanam hidup-hidup macam Arab Jahiliah tanam anak perempuan .
Saya lawan Umno bukan kerana Anwar atau TGHA dan TGNA tapi kerana saya meluat sangat-sangat dengan politik jijik dan kotor Umno sejak dulu kini dan selamanya.Satu tangan ajak Melayu bersatu di bawah ketiak Umno, bawah celah kangkang Umno satu tangan lagi bagi racun untuk hancurkan kaum dan bangsa sendiri.
Umno adalah parti yang paling bijak dan hebat jadi Maharaja Fitnah walaupun golongan agama dan Mufti tegur Umno jangan jual fitnah dan sebar fitnah kalau tak ada bukti dan cukup saksi.Namun bagi Umno tu semua hanya sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Cerita lucah dan jijik jadi makanan Umno untuk jatuhkan pihak lawan.Jika rakyat tak percaya selepas satu isu diletupkan , isu lain akan menyusul juga dengan kisah seks dan lucah secara berterusan sampai rakyat pun jadi bingung dan biol akibat mainan politik kotor Umno.
Golongan agama dalam Umno tak kiran jantan dan betina sama saja .Mereka tak ada apa-apa kuasa untuk menegur pemimpin Umno yang jahil agama dan buat-buat jahil.Mereka juga bersubahat sebarkan fitnah kerana sikap mereka yang berpura-pura tak tahu apa-apa.
Hari ini kita dikejutkan lagi dengan video seks part 2 dalam youtube dan blog Umno.Mereka bebas buat apa saja , mereka tidak akan didakwa yang penting bagi Umno ialah siapa pelakon video lucah tu , yang jadi tukang sebar video lucah kebal daripada sebarang dakwaan.
Kisah lucah ini akan berterusan selagi manusia yang bernama Anwar tidak mati dan dilenyapkan daripada muka bumi ini, tapi seperti kata Anwar, 'Nyawa beliau bukan dalam tangan Umno'.Kita akan terus didendangkan dengan kisah lucah sehingga pru 13 akan datang atau selagi Umno-BN terus jadi idola orang Melayu yang percaya bulat-bulat dengan fitnah Umno.
Saya ingat apa yang berlaku kepada Anwar jika terjadi kepada lain-lain pemimpin ingat dah tumbang lama dah...lagi banyak kisah beliau dilucahkan Umno lagi banyak Anwar dedahkan segala kepincangan pemimpin Umno.Hang pa boleh tahan ka kalau jadi macam Anwar?
Bagi Umno dan orang Melayu yang sokong Umno, pemimpin Umno yang pernah rogol anak gadis bawah umur boleh dipercayai daripada percaya cakap ustaz -ustaz dalam Umno termasuk ulama muda Umno.Kaki raba buntut , bapa rasuah , pembunuh ulama dalam Umno lagi mulia daripada ulama Umno.
depa lupa hukum Allah bagi mereka yg membuat fitnah itu lebih besar dosanya drpada membunuh...wallahua'lam
BalasPadam..tapi...adakah kita yakin Anwar di pihak yg benar???? Apakah pendirian kita pula sekiranya apa yg didakwa ada kebenarannya??? Kita sering mengingati diri agar tidak mudah utk menjatuhkan hukum pada seseorang tanpa mengkaji terlebih dahulu sebarang berita. Tapi pada masa yg sama kita telah menjatuhkan hukum semudah-mudahnya dgn mengatakan semua ini fitnah dan konspirasi., semata-mata apabila ianya tidak mengikut citarasa kita...
BalasPadamBersamalah ikhlas dalam mencari kebenaran....