Jumaat, 8 April 2011

Cara senang nak tipu pengundi Sarawak


BN ikrar jadikan Sarawak negeri terkaya-Malaysiakini

Daripada antara negeri termiskin, BN Sarawak berjanji dalam manifesto pilihan raya kali ini bagi menjadikan bumi kenyalang sebagai negeri terkaya di Malaysia.

Pada majlis pengumuman manisfesto BN yang hanya dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak tanpa kelibat pemimpin kanan BN lain, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerajaan negeri juga akan menjamin “hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.”-M'kini

Ini sama macam Umno di Semenanjung tak habis habis tipu Melayu dengan gula-gula pembangunan. Negeri Sarawak negeri yang kaya dengan hasil minyak, royalti minyak pun ada , balak pun banyak takkan baru sekarang kata nak jadikan Sarawak negeri paling kaya yang diperintah Taib Mahmud sejak 30 tahun yang lalu.Sarawak adalah antara negeri termiskin di Malaysia.

Di Sarawak siapa paling kaya kalau bukan Taib Mahmud sendiri.Rakyat Sarawak makan tulang isi semua Taib Mahmud yang punya.Taib Mahmud juga dikatakan antara orang terkaya di dunia.Nak kayakan negeri Sarawak atau jadikan Taib Mahmud bertambah kaya.Kesedaran politik di bandar-bandar besar di Sarawak akan tipu daya politik BN dan Taib Mahmud memang ada tapi bagaimana di kawasan-kawasan pedalaman Sarawak yang tidak ada kemudahan asas?Sudah tentu mereka senang ditipu, diugut untuk Bn terus berkuasa di Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan