Sabtu, 23 April 2011

Adakah Pas tak segar selama ini?

Kata Husam Musa AJK Pas Pusat dalam laporan themalaysianinsider Husam;Pas perlu disegarkan, bukannya ganti Hadi.

“Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah Barisan Nasional bukan PAS,” katanya.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini berkata, PAS kawasan Kerian yang diterajui juga telah mencalonkan Hadi sebagai presiden keraba beliau adalah orang yang paling layak untuk menerajui PAS.

“... kerana beliau sudah buktikan dan ia sudah terbukti, malah beliau juga sudah menghadapi banyak cabaran (sebelum menjadi presiden).

“Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Batu di sini hari ini.-M'insider.

Timbul persoalan adakah Pas tak segar selama ini?Adakah Pas tak segar keana asyik kalah dan kalah dalam prk dan prn Sarawak?Kalau nak segarkan Presiden Pas mungkin kena segarkan sekali Timbalan Presiden Pas yang disandang Ustaz Nasharuddin Mat Isa.Ada orang Pas dah tak respek kepada Ustaz Nasa selaku Timbalan Presiden Pas.

Pemimpin Pas boleh dikatakan semuanya bersetuju di mulut terus jadikan TGHA selaku Presiden Pas tapi bagaimana dengan jawatan Timbalan Presiden..adakah ustaz Nasa akan kekal sebagai TP Pas dalam muktamar akan datang?

Prof Aziz Bari kata TGHA sebagai liabiliti kepada Pas , adakah ustaz Nasa juga tidak jadi liabiliti kepada Pas?Presiden Pas yang tak segar mungkin kerana TP Pas juga dah tak segar..Aziz Bari tibai Presiden tapi tak tibai TP Pas .

5 ulasan:

  1. Semua pemimpin pas kena makan MAN KING. Baru kenal langit tinggi ke rendah.

    KOTA MELAKA

    BalasPadam
  2. Komen Husam Musa membawa 2 pengertian:
    (1) PAS memang pudar sejak Presiden berwawasankan UG.
    (2)"Presiden dibantu oleh profesional" - membawa erti Presiden sudah memudarkan PAS dengan dikelilingi oleh "kuda-kuda tua" dari Trengganu,sebagai penasihat.
    Jika ditanya benarkah PAS pudar? Jawabnya berasaskan 2 fakta diatas,PAS memang pudar.Sebelum berlaku 2 fakta itu,PAS tak pudar.Ini bermakna Presiden(jika mau dikekalkan)wajar punya team baru,yang mampu memperkasakan kembali PAS,bukan mengheret PAS kekatil UMNO.Dan Presiden wajar tegas "once for all" TUTUP pintu UG.

    BalasPadam
  3. Kenapa pemimpin Pas sibuk sangat slogan Pas Ganti Umno? Kenapa tak kempen PR ganti BN? Nampak sangat pemimpin pas mementingkan diri sendiri. Dalam ceramah pun sibuk sebut pas... pas... pas... Malu sikit dgn Dap yg sentiasa menyebut PR dibibir mereka. Nanti bila Dap banyak menang kerusi, mulalah sibuk2 kuasa melayu hilang. Bila kata BODOH mereka akan guna title ulama sebagai perisai kebodohan mereka. Tapi hakikatnya Pres & timb pres memang LEMBAB. Kena terima hakikat bahawa pas memang lemah di bawah mereka berdua termasuk SUA.

    Kepimpinan ULAMA masih relevan tetapi bukan ulama yg berfikir dengan kepala lutut yg tidak karismatik yg sentiasa nak kalah dan berjiwa melayu pembangkang.

    BalasPadam
  4. Sebenarnya, Kekalkan TG Dato Sri Haji Abdul Hadi Haji Awang Muhammad sebagai Presiden Pas dan lantik Tuan Haji Muhammad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas. Di zaman di mana media tv menjadi alat peperangan dan hak media tv di nafikan untuk parti2 Pakatan Rakyat, berjuang memampuskan melawan BNUMNO tak dak noktah. Dan sekarang ni selagi Tuan Haji Muhammad Sabu masih ada suara dan kudrat untuk menjelajah Malaya dan Borneo, para perwakilan Pas wajib memberi tugas dan amanah kepimpinan parti ini kepada beliau untuk menyegarkan kembali parti Pas sebagai sebuah parti massa untuk semua rakyat Malaysia yang melampaui batasan bangsa, warna kulit dan agama yang cintakan kedamaian dan keadilan serta benci RASUAH.

    Kota Melaka

    BalasPadam