Isnin, 18 April 2011

Video:Polis alih sasaran , mahu tangkap 'Datuk T'


Seperti skrip politik, sebaik sahaja pilihan raya Sarawak berakhir, polis menumpukan siasatan kepada pengedaran video seks yang didalangi Datuk T.

Bernama melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

“Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah,” kata Acryl seperti yang dipetik Bernama.

Pengedar dan pemilik video lucah itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dengan kenyataan ini, polis dengan sendirinya mengesahkan bahawa pelakon dalam video tersebut bukan Anwar.-KeadilanDaily

Berkaitan;

Eskay:Saya tanggungjawab tayang video seks , akan dedah di mahkamah-Tmi

Shamsul:Jawi dijangka siasat 'trio Datuk T'-Malaysiakini

Siasatan kes video seks selesai-Utusan Meloya

Video seks : Siasatan 'Datuk T' edar bahan lucah selesai kata polis-Tmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan