Apa lagi yang kita ada selain isu seks yang dipaparkan kepada kita setiap hari pagi petang siang malam?Tidur seks , jaga seks semua seks.Langsung tak ada maruah sebagai sebuah negara Malaysia yang mengaku Satu Malaysia 'Pecapaian diutamakan rakyat didahulukan'.
Politik selak kain sampai ke dalam kelambu, air mani, bontot, kondom dihidangkan kepada kita amat memalukan,Bill Clinton bekas Presiden Amerika yang ada skandal dengan pembantunya Monica Lewinsky pun hanya setakat kata ada hubungan antara mereka berdua saja tapi tak selak sampai dalam kelambu macam Malaysia.Tu negara orang putih bukan negara Islam macam Malaysia yang didakwa Negara Islam walaupun tak laksana hukum Islam.
Bukalah Utusan Meloya, Berita Hairan muka depan setiap hari adalah isu seks.Ini akhbar arus perdana yang kata ada jati diri dan nak bawa rakyat Malaysia ke arah akhlak dan moral yang lebih baik.Politik dendam kesumat sesama Islam jadi bahan utama berita walaupun tiada kepastian dan kebenaran disebalik berita yang dilaporkan.Yang penting rakyat diracun minda mereka supaya cerita seks ini boleh teruskan Umno-Bn berkuasa.Kotor dan menjijikkan.
Di Mesir rakyat bangun lawan pemerintah zalim bukan kerana isu seks dan moral HOsni Mubarak tapi rakyat mereka bangun lawan kezaliman yang dilakukan Mubarak.Isu seks Mubarak jika ada pun mereka tak war-warkan kepada rakyat untuk jatuhkan Mubarak.Mereka tak main isu seks untuk jatuhkan Mubarak.Di Malaysia nak jatuhkan pemimpin parti lawan cerita seks dibentang luas-luas supaya pemimpin cepat angkat tangan dan mengalah.
Pegawai SPRM yang siasat Teoh Beng Hock pun pun suka tengok gambar lucah selepas soal-siasat Teoh Beng Hock! Tu pegawai kerajaan yang buat kerja lagu tu.
Orang Melayu tak kira la parti apa pun tak rasa malu dan mual ka dengan isu seks ini sejak 1998 lagi?Mana letak maruah bangsa Melayu bila pemimpin sendiri jadi dalang lingkupkan maruah bangsa dengan isu seks setiap hari?Mengaku pejuang bangsa dan agama tapi buat kerja kalahkan bukan Islam untuk hancurkan maruah bangsa dan agama.
Kalau PR dapat perintah Malaysia pun kalau nak siasat semula kes pembunuhan Altantuya jangan siasat sampai dalam kelambu cuma siasat siapa pembunuh sebenar Altantuya.
Sekarang PR dan rakyat yang bencikan Umno-Bn dok hentam lebih -lebih Datuk Rahim Thamby Chik dan kawan-kawannya sementara Najib sedang ketawa besar terselamat daripada kecaman .
Janganlah kita terus diperbodohkan, di sekskan , oleh pemimpin Umno.Anak muda..bangunlah lawan kezaliman pemerintah Umno-Bn demi kesinambungan generasi akan datang.Tolong selamatkan maruah generasi akan datang jika tak mau Malaysia digelar 'Malaysia Hari-Hari Seks'.Generasi akan datang akan buka sejarah dan mereka lihat dalam sejarah ooo rupa-rupanya ini kerja buat pemimpin terdahulu tak dak kerja lain seks, seks, seks saja.Malu dan memalukan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan