Sabtu, 2 April 2011

Versi Pornthip:'Teoh dicekik sebelum jatuh'..siapa yang cekik?


Macam-macam versi kematian Teoh Beng Hock terus diperkatakan sehinggalah penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian beliau.Terkini menurut pakar patalogi Thailand Dr Pornthip , Teoh telah dicekik sebelum jatuh.

Semua kini semakin terserlah siapa yang bertanggungjawab atas kematian Teoh Beng Hock.Imej SPRM terus tercalar setelah pegawai penyiasatnya menonton gambar lucah di youtube setelah selesai soal siasat Teoh selama sejam.

Jika berdasarkan laporan Dr Pornthip itu Teoh mati dicekik sebelum jatuh, siapa yang cekik Teoh? 'Hantu kepala hitam' mana yang cekik Teoh?Selain pegawai penyiasat SPRM yang ada siapa lagi yang ada ketika Teoh disoal siasat di Bangunan Plaza Masalam, seksyen 9 Shah Alam?

Dr Pornthip:'Teoh Beng Hock dicekik sebelum jatuh'-Malaysiakini

Pakar patologi Thai, Dr Pornthip Rojanasunand bersependapat dengan pakar forensik Britain Prof Dr Peter Vanezis bahawa Teoh Beng Hock masih bernyawa.

Namun katanya, beliau tetap mempertahankan hujahnya bahawa kesan tanda merah di sekeliling leher mangsa pembantu politik itu adalah akibat dicekik.

Menurut beliau, kesan merah itu amat ketara pada bahagian kiri leher Teoh pada bedah siasat pertama meskipun tubuh mangsa telah dijahit semula.

Pakar patologi dari Thai itu tidak menjalankan bedah siasat pertama tetapi hadir sebagai pemerhati pada bedah siasat kedua.

Pornthip, 56, yang tiba hari ini dan diberi kawalan ketat berkatakontusi pada sebelah kiri leher Teoh menunjukkan mangsa dicekik.

Tegasnya, terdapat tiga senario di mana kontusi boleh berlaku.
  • dicekik dengan menggunakan tangan,
  • leher mangsa dipukul dengan objek tumpul,
  • ataupun leher mangsa ditekan kepada objek atau kedua-duanya sekali.
Katanya, tanda seperti bentuk syiling di leher Teoh adalah akibat tekanan jari atau objek bulat dan kejelasan tanda itu mengikut Pornthip bergantung kepada tekanan yang digunakan.

"Teoh berkulit cerah jadi kesan tanda lebam ini boleh dilihat dengan jelas,” kata saksi itu.

Beliau juga memberikan beberapa contoh tentang bagaimana kecederaan di leher akibat dicekik yang mempunyai tanda-tanda lebam yang sama.-Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan