Jumaat, 29 April 2011

Apa ahli Pas nak kata bila TGHA diminta berundur?

Ini apa yang ditulis oleh seorang penulis Wan Saiful Wan Jan pandangan peribadi beliau mengenai Presiden Pas TGHA.Bab dia puji Presiden Pas di awal tulisannya tu perkara biasa tapi bila beliau kata 'TGHA wajib tolak pencalonan Presiden Pas' tentu ada yang akan pertahankan TGHA agar terus pegang jawatan presiden Pas buat masa sekarang hinggga pemilihan seterusnya 2013 .Bagi saya kalau nak suruh TGHA berundur kena suruh juga Timbalan Presiden Pas tolak pencalonan beliau.Semua kira baru.Tayar baru , bunga cantik tak guna kalau balancing dan alingment tak elok..nanti bunga tayar cepat rosak dan makan sebelah..ha ha

Kata Wan Saiful dalam kritikannya terhadap TGHA;

Persoalan yang yang dihadapi oleh para perwakilan ke Muktamar Agung PAS nanti bukan sama ada Hadi telah menjadi Presiden yang baik atau tidak. Ini bukan pemilihan untuk memberi anugerah perkhidmatan cemerlang.

Tetapi, persoalan sebenar ialah, adakah Hadi boleh menjadi Presiden yang baik untuk memimpin PAS dalam pilihanraya akan datang dan seterusnya ke masa hadapan?

Kebenaran mungkin pahit untuk ditelan. Hakikatnya Hadi bukanlah individu terbaik untuk terus menjadi Presiden PAS. Saya akan simpulkan dengan cara semudah mungkin kenapa saya berkata demikian. Hadi tidak mempunyai ketrampilan ataupun ketokohan untuk menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Hadi telah mencipta imej beliau sebagai seorang pemimpin masyarakat Melayu Islam. Tetapi beliau tidak dilihat sebagai seorang pemimpin untuk rakyat Malaysia secara keseluruhan.

PAS perlu berfikir bagaimana untuk memperkukuh apa yang telah dibina oleh Hadi. Parti itu perlu mula membina imej sebuah parti yang berkemampuan memimpin seluruh rakyat Malaysia, bukan memimpin orang Melayu Islam sahaja. Dan yang nyata, Hadi bukan pembawa imej “pemimpin negara”.

Mungkin ada yang berhujah bahawa ini hanya masalah persepsi. Tetapi jika sebuah parti politik tidak menyedari peri pentingnya persepsi, maka parti itu berada di padang permainan yang salah. Politik ialah sebuah pertandingan persepsi. Kejujuran dan ketokohan seseorang itu hanya bernilai jika sifat-sifat ini berjaya mempengaruhi persepsi pengundi. Jika sifat-sifat itu tidak membawa persepsi positif, maka dalam bahasa kampungnya “tak payah pun tak apa”.

PAS memang memiliki individu-individu yang boleh membawa parti itu ke satu tahap baru. Husam Musa dan Nizar Jamaluddin hanya dua nama yang biasa disebut. Sudah pasti ada tokoh lain yang juga boleh melakukannya dan perlu dipertimbangkan.

Tetapi budaya politik dalam hampir semua parti di Malaysia ini secara umumnya memberi kelebihan kepada presiden sedia ada. Jika mahu menjadi presiden sehingga mati pun biasanya boleh. Parti-parti politik kita tidak mempunyai budaya yang mana seseorang presiden mengumumkan dengan penuh bangga bahawa beliau telah membawa parti itu ke satu tahap tertentu dan telah tiba masanya untuk orang baru mengambil alih untuk membawa parti itu ke satu tahap yang lebih tinggi.

Lihat sahajalah apa yang berlaku dalam perubahan pucuk pimpinan Umno, MCA dan MIC. Semuanya terpaksa melalui era transisi yang amat menyeksakan. Dan PAS tidak terkecuali dalam budaya ini.

Hadi seharusnya menarik nafas panjang sambil menilai segala pencapaian besar beliau. Beliau boleh berbangga dengan apa yang beliau telah lakukan. Setelah itu, beliau perlu menerima hakikat bahawa telah tiba masanya untuk menyerahkan obor perjuangan kepada orang lain yang membawa PAS ke tahap yang lebih tinggi, sesuai dengan tuntutan rakyat agar PAS segera melahirkan pemimpin negara, bukan pemimpin bangsa atau pemimpin agama sahaja seperti selama ini.

Hadi pula jangan lah bermain kata-kata, kononnya tidak mahu menjadi presiden selama-lamanya dan bersedia dicabar. Bukannya beliau tidak tahu bahawa budaya parti politik di Malaysia ialah, sekiranya presiden tidak menolak pencalonan, maka tidak ada harapan perubahan akan berlaku.

Tidak ada gunanya bermain kata-kata kerana ia akan menyebabkan seorang presiden yang telah berjaya membawa pelbagai pembaikan akhirnya dilihat sebagai tunggul yang menghalang pembaharuan.

Jika Hadi boleh menyedari hakikat itu, maka parti dan negara akan mengingati beliau sebagai seorang tokoh ulung yang amat ikhlas berjuang sehingga rela mengorbankan jawatan dan kepentingan diri demi membuka laluan agar PAS menjadi sebuah parti nasional yang benar-benar diyakini mampu memimpin sebuah negara berbilang kaum.

Demi memastikan PAS boleh terus mara ke hadapan, Hadi wajib segera mengumumkan bahawa beliau tidak mahu mempertahankan jawatan Presiden dan menolak semua pencalonan. Hanya dengan cara itu sahaja akan berlaku pertandingan sihat yang akan membolehkan wujudnya sebuah PAS baru.-M'insider .Baca semua di sini.

1 ulasan:

  1. sokong apa yang baik untuk PAS, ahli di bawah sentiasa berharap PAS lebih agresif menentang UMNO, kadang2 ahli di bawah sangat kecewa... kami di bawah sanggup berkorban segalanya... harta wang ringgit, masa... keringat dan air mata ketika kempen p/raya untuk "memamposkan" UMNO... kami ahli bawahan sangat bencikan UMNO sebenci-bencinya... tapi pemimpin atasan PAS .... ada yang mandom dan lemah sangat menghadapi tipu daya dan putar belit UMNO keparat tu... MAKA... TUKARLAH PIMPINAN AGAR PAS DISUNTIK SEMANGAT BARU.... KITA LANGGAR UMNO TERUS-MENERUS HINGGA HANCUR....

    BalasPadam