Khamis, 14 April 2011

Isu Altantuya:Takkan JKKP bawa bom c4 keluar kot

Raja Petra 'ubah' sejarah, kata Pengarah Strategi PKR-M'insider

Mohd Rafizi Ramli menafikan dakwaan Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa satu pertemuan pernah diadakan di pejabat Tengku Razaleigh Hamzah tiga tahun lalu untuk membincangkan strategi menghalang Datuk Seri Najib Razak daripada menjadi perdana menteri, sebaliknya peluang tersebut memihak veteran Umno itu.

Rafizi , Pengarah Strategi PKR menegaskan, pertemuan dimaksudkan itu diadakan pada Oktober 2007 tetapi tidak pernah menyentuh soal Najib dan ia dianjurkan oleh penulis-penulis blog yang probekas perdana menteri tun Dr Mahathir Mohamad, yang mahu melihat pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi berakhir.

“Raja Petra mengubah cerita supaya memihak kepada beliau,” katanya.

Dr Mahathir ketika itu “menyerang” Abdullah sehingga beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada April 2009.

Ia terjadi disebabkan rasa kurang senang apabila Abdullah merombak sistem dan dasar pentabiran diwarisi Dr Mahathir termasuk membatalkan rancangan “jambatan bengkok”, projek yang sepatutnya menggantikan Tambak Johor.

Raja Petra menyatakan demikian dalam tulisan terbaru portalnya hari ini, yang mendedahkan wujud konspirasi cuba mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu dengan harapan, Tengku Razaleigh boleh menjadi perdana menteri.

Beliau membuat pendedahan itu sehari selepas sebahagian temu bual dengan stesen televisyen prokerajaan, TV3, muncul malam tadi di mana beliau menafikan pernah menuduh isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dilihat berada di lokasi Altantuya dibunuh lima tahun lalu.

“Keseluruhan matlamat usaha ini ialah menghalang Najib daripada mengambil alih jawatan perdana menteri. Jika (Tun) Abdullah Ahmad Badawi boleh dipaksa untuk meletakkan jawatan, dan jika Najib boleh dihalang daripada mengambil alih, maka Tengku Razaleigh boleh menjadi perdana menteri,” tulis Raja Petra dalam portal Malaysia Today kendaliannya hari ini.

Raja Petra yang turut dikenali sebagai RPK berkata, pertemuan itu yang dihadiri sekitar 30 orang telah berlangsung di pejabat bekas menteri kewangan itu di mana pembantunya Nik Azmi Nik Daud adalah pengucap utama.

“Tujuan pertemuan ialah mengeksploitasi (cara) bagaimana ia (rancangan itu) boleh digerakkan supaya Tengku Razaleigh boleh mengambil alih jawatan perdana menteri,” kata Raja Petra yang kini tinggal dalam pembuangan kendiri di United Kingdom.

Raja Petra juga menamakan beberapa orang yang hadir pertemuan itu termasuk penulis blog Umno dan Rafizi sendiri, tetapi tidak menyebut bila mesyuarat itu diadakan.

Bagaimanapun Rafizi berkata pertemuan itu “tidak bercakap soal Najib, Rosmah atau Altantuya.”

“Mereka yang bercakap hanya menyatakan perasaan meluat mereka dengan Abdullah dan berkata, hanya Ku Li (Tengku Razaleigh) boleh menyelamatkan negara.

“Najib bukan satu faktor kerana beliau terlalu lemah untuk mencabar Abdullah,” katanya.

Beliau menambah, sebelum petanda pilihan raya umum 2008 yang memperlihatkan Barisan Nasional (BN) tewas lima negeri dan gagal memperoleh majoriti dua pertiga dalam Parlimen.

“Jadi semua orang menyangka BN kebal dan Abdullah hanya boleh digantikan seseorang dalam Umno. Ku Li dilihat mampu untuk menerima cabaran itu kerana apa yang telah beliau lakukan sebelum ini,” kata Rafizi merujuk kepada Tengku Razaleigh yang disingkirkan Dr Mahathir pada pemilihan Umno 1987.

“Tetapi Ku Li tidak makan umpan,” katanya.

“Pertama beliau mahu melihat sokongan. Sebaliknya, jika tiada sesiapa dari Umno menyokong dia, dia akan diskru,” tambah Rafizi.

“Tapi Ku Li tidak berminat. Beliau mahu melihat sokongan dulu, kalau tiada sesiapa dalam Umno yang sokong, beliau akan tarik diri,” tambahnya.

Jelas Rafizi, beliau hadir pertemuan itu atas dasar peribadi sama seperti Raja Petra yang dijemput untuk hadir dalam satu program anjuran Allahyarham Adlan Benan Omar.

Beliau setuju untuk menghadiri pertemuan itu, yang mana kali pertama berjumpa dengan Raja Petra pada 2003.

Rafizi berkata, temu bual Raja Petra bersama TV3 itu adalah untuk menjatuhkan kredibiliti Tengku Razaleigh dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan ancaman kepada Najib.

Bagaimanapun Rafizi berkata, beliau tidak tahu mengapa Raja Petra, yang dulu memihak pembangkang kini membuat dakwaan sedemikian, sementara beliau tidak bercakap dengan blogger kontroversional itu sejak 2009.-M'insider

Dua orang anggota polis telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kes bunuh Altantuya tapi rakyat masih tertanya-tanya mana si polis dua orang tu ambik bom c4 untuk bom Altantuya hingga berkecai di Puncak Alam?Bom c4 bukan macam telur ayam palsu dan tak palsu ada banyak dijual di pasar malam dan pasaraya.Takkan JKKP atau Ketua Cawangan Umno boleh pi beli bom c4 kat pasar malam atau JKKP (Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan) boleh masuk bilik senjata yang kebal dan sentiasa dikawal rapi untuk ambik bom c4 bagi kepada dua orang anggota polis yang dihukum gantung sampai mati kerana bunuh Altantuya.

Dekat dengan mana-mana pilihanraya mesti ada laporan dan berita mengejutkan ..ini perkara biasa macam dulu heboh Ku Li pakai tengkolok salib atas kepala..tengok2 Tun Mahathir pun pakai juga tengkolok salib atas kepala.Begitu juga isu yang dimainkan Umno semasa pilihanraya kecil Tenang, Kerdau dan Merlimau 'undi Pas masuk Syurga'..semuanya cara lama nak Umno-BN terus berkuasa.

Baca juga;
VP PKR:Temubual TV Raja Petra tak akan ubah SD
-M'insider
Kes Altantuya:RPK nafi tuduh PM, Rosmah -Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Tak baik menuduh orang tak tentu pasal...Saksi mana??
    Yang jelas, dalang cerita mengarut AlTantuya ni betul betul specis Al-Dajjal.....Mata Satu sungguh...kesian orang PAS...termasuk lah hang MIsai oi..Mat Sabu dah habaq dah awai-awai dulu...Takkan hang tak caya Mat Sabu kut...

    BalasPadam