Sabtu, 23 April 2011

Umno main isu perpaduan menjelang Muktamar Pas

Menjelang Muktamar Pas , Umno kembali mainkan isu perpaduan Pas-Umno .Umno ambik kesempatan di atas kenyataan Setiusaha Agung Pas dalam isu video seks yang dilaporkan berkata Pas tunggu hasil siasatan sebelum buat sebarang keputusan.Kata-kata Mustafa Ali itu telah berikan markah bonus kepada Umno untuk mengajak Pas bersama Umno.

Semalam Presiden Umno Najib berkata untuk bersatu orang Melayu kena masuk Umno."Dan, bagi orang Melayu, yang penting sekali mereka sokong Umno kalau hendak bersatu daripada segi politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada Hari Perhimpunan Petani, Penternak dan Nelayan di Serdang, hari ini.

Saya cuma nak kata pergi mampoih la dengan Umno yang layan Melayu tak sokong Umno macam taik.Parti Umno adalah parti yang menindas kaum sendiri ,yang kaya dan senang hanya kelompok elit dalam Umno dan kroni.Kepada pemimpin Pas yang ada hati nak bersama Umno dipersilakan masuk Umno bukan mengajak ahli Pas dan penyokong Pas turut serta!Lagi cepat lagi bagus.

Umno-Bn begitu marah kepada orang Cina di Sarawak kerana telah menolak BN dalam prn Sarawak dan telah menconteng arang di muka Najib dan Taib Mahmud dengan kehilangan 15 kerusi dun Sarawak yang dirampas Dap dan PKR.Umno kata Cina Sarawak rasis kerana tolak BN.Kalau Cina Sarawak sokong BN mereka akan kata Cina Sarawak tolak politik PR.Puji meleret-leret.

Hak rakyat la nak sokong parti apa pun peduli apa , kalau tidak baik tak payah parti bukan BN bertanding dalam pilihanraya kalau nak maki hamun rakyat tolak BN dalam pilihanraya.Haa ambik semua menang tanpa bertanding.Ini semua hujah orang kalah dan dendam kesumat BN bila kalah dalam pilihanraya.Orang Cina dikambing hitamkan.Lepas tu ugut pula kata suara Cina akan terus hilang dalam kerajaan jika orang Cina terus tolak BN.Orang Cina takkan ada jawatan dalam kabinet kata MCA.

Berbalik kepada perpaduan UmnoPas akhbar Umno Utusan Malaysia Online melaporkan Pintu rundingan Umno-Pas sentiasa terbuka;

UMNO masih membuka pintu kepada Pas untuk bersama-sama parti tonggak Barisan Nasional (BN) itu jika Pas bersedia berbuat demikian demi perjuangan parti Melayu dan perpaduan umat Islam.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pintu rundingan antara UMNO dengan Pas sentiasa terbuka, malah UMNO kini menunggu dengan tangan terbuka.

“Seperti mana kenyataan pucuk pimpinan parti (UMNO), pintu rundingan UMNO dengan Pas tak pernah ditutup. Apa saja yang berlaku diharap selesai sebaik sahaja kes video (video seks pemimpin pembangkang) selesai.

“Ia umpama terowong yang gelap, (tetapi) di hujung sana ada cahaya perpaduan, kita tunggu dengan gembira,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Retreat UMNO Negeri Untuk DUN Kalah di sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau mengulas reaksi Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini mengenai kesediaan parti itu untuk mengkaji semula kedudukan mereka dalam pembangkang jika hasil siasatan mengesahkan siapa pelakon sebenar dalam video seks membabitkan pemimpin pembangkang.

Ahmad menjelaskan, sekiranya terlaksana kelak (persepakatan UMNO-Pas), ia merupakan langkah terbaik demi kebaikan serta manfaat orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.

Menurutnya, ini kerana, majoriti rakyat yang sentiasa hidup harmoni tanpa sebarang percakaran sesama sendiri dapat membantu mewujudkan semangat perpaduan seterusnya membangunkan ekonomi negara.

Ditanya kemungkinan Pas bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO andainya hasil siasatan mengenai identiti pelaku dalam video seks itu diketahui, beliau tidak menolak kemungkinan itu.

Malah Ahmad turut yakin, suatu hari nanti, Pas akan mengubah pendiriannya untuk bersama-sama UMNO demi perpaduan Melayu dan Islam seperti yang pernah berlaku semasa era kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Razak Hussein dahulu.

“Kita lihat orang Cina boleh bersatu untuk kebaikan, begitu juga dengan kita orang Melayu dan yang lebih penting adalah perpaduan umat Islam,” ujarnya.-utusan

Cuba tengok Umno lebih cerdik nak pekena kita.Awat orang kita terlampau tak cerdik sangat?Baca juga di sini.

2 ulasan:

  1. Umno terhengeh2 nakkan sokongan pas. Sesetengah pemimpin Pas pulak terhengeh2 nak menyelamatkan UMNO.
    Pigi jahanam lah pemimpin cam ni.

    BalasPadam
  2. Aku cadangkan mustafa ali, hasan ali, nasarudin dan last sekali hadi awang masuk umno dengan kadar segera. Lagi cepat lagi bagus... Transformasi diperlukan dalam pas daripada dipimpin oleh lebai melayu kampung kepada ulama yg tinggi ilmunya serta tajam akal fikirannya. Parti lain dalam PR sudah pun menukar pemimpin yg segar bugar tetapi pas masih dipimpin oleh pemimpin yg dah luput tarikh sama spesis macam umno.

    BalasPadam