Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengecam tindakan Putrajaya menahan seorang anggota parti yang berkategori Orang Kelainan Upaya (OKU) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Jumaat lalu.
Kata Dr Wan Azizah , tindakan itu menggambarkan yang kerajaan tidak mengendahkan desakan rakyat tetapi menunjukkan sikap BN yang sudah terlalu angkuh.
“Apatah lagi Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Jumaat lalu telah meluluskan usul (menggesa) memansuhkan ISA,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
“Kita difahamkan Kadir Hashim dikaitkan dengan militan di Kemboja. Jika benar dakwaan tersebut, Kadir hendaklah dibawa kemuka pengadilan, dibicarakan dan dibenarkan membela diri.
“Negara ini mempunyai cukup akta dan undang-undang yang boleh digunakan, umpamanya Akta Polis dan Kanun Keseksaan,” katanya lagi.
Kadir, ditahan polis mengikut Seksyen 73(1) ISA di Kampung Kerinchi di sini.
Anggota PKR itu ditahan dalam serbuan melibatkan 20 anggota polis berpakaian preman di rumahnya kira-kira pukul 6.50 petang.
Sehubungan itu kata Dr Wan Azizah, PKR dengan tegas dan sekeras-kerasnya mengutuk penahanan tanpa bicara Kadir yang jelas membelakangi hak asasi manusia.
“Justeru, penahanan ini sebenarnya hanya bermotifkan politik dan sengaja untuk menenggelamkan isu-isu panas yang berkaitan dengan pilihan raya negeri Sarawak yang semakin hampir.
Dr Wan Azizah berkata PKR mahu ISA dimansuhkan dan kesemua tahanan yang ada didakwa di mahkamah dan dibicarakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.
“PRK sedar bahawa ketenteraman awam itu adalah penting dan mesti dipertahankan tetapi penahanan tanpa bicara melalui ISA itu jelas sekali zalim dan di luar kemanusiaan,” katanya lagi.
Baca juga;'Apa kesalahan adik saya?'-Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan