Isnin, 4 April 2011

Video lucah:Anjing ngan kucing pon tau malu ni kan pula manusia

Macam-macam pandangan tentang video lucah yang didalangi Datuk T yang sekarang ini hangat di alam maya yang dah keluar dalam youtube.Penyokong Umno awal-awal lagi kata tu Anwar Ibrahim tak dak orang lain dah.

Pandangan dan fikiran sapa pon tak sama terpulang kepada anda semua untuk menilainya.Cuma dalam video tu dilihat ada tiga watak utama.Seorang lelaki berpakaian lengkap berbaju T dan berseluar panjang, seorang lelaki lagi bertuala dan seorang wanita yang duduk dan berdiri di tepi katil yang berkemban. Anda boleh tengok dan nilai sendiri.

Kalau Chua Soi Lek Presiden MCA hanya beliau dan teman wanitanya saja dalam bilik lakukan adegan seks apakah lelaki bertuala yang didakwa sebagai Anwar Ibrahim langsung tidak malu lakukan adegan seks kepada lelaki yang berpakaian lengkap yang sibuk mundar mandir dalam bilik tersebut?Kalau lelaki berbaju T sebagai 'Bapa Ayam' kenapa mesti masuk sampai dalam bilik bukan hanya hantar ke pintu bilik?

Kucing pon kalau nak buat 'projek ' kalau kita lalu dia berenti dulu bagi kita lepas baru sambung balik.Anjing pon reti malu ni kan pulak manusia.Banyak kali ulang tengok macam filem P.Ramlee pon ada 'Anakku Sazali'.

Sementara itu Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein terus mengulangi bahawa beliau langsung tidak terlibat.Dah dua kali beliau menafikannya.“Setahu saya, saya hanya mahu tahu kebenaran dan pada saya, saya tidak terlibat... dan jika anda menganggap saya sebagai (orang) BN, maka BN tidak terlibat,” kata beliau selepas majlis menandatangani memorandum berhubung kerjasama imigresen dengan United Kingdom di Hotel Le Meridien.Baca di sini.

Video tu juga ada tulisan Thai di bawahnya sedangkan apa yang dilihat dan ditayangkan di Carcosa Seri Negara tidak ada tulisan Thai.

Kata Pengarah Komunikasi PKR NikNazmi, “Datuk T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan dalam video tersebut (bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011’. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?” katanya lagi.Baca di sini.

Sementara Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau sokong video lucah tu ditayangkan di parlimen tapi beliau berkata,

“Tapi kita bimbang kalau benda ini ditayang, adakah ia akan melanggar undang-undang,” kata Nazri dipetik Bernama Online hari ini.

“Kalau nak tayang di Parlimen, di mana? Kalau di pekarangan Parlimen susah nak dapat imuniti, kena tanya speaker dulu sebab dia yang tentukan, tak payah buat usul, minta sahaja kepada speaker,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Kali Kelima Jabatan Peguam Negara Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura di Langkawi hari ini.Baca di sini. Sebelumnya Nazri pertahankan tindakan Datuk T tayang video lucah dan anggap tidak menyalahi undang-undang. Gila cakap terbalik-balik!

Kita tunggu pula apa pula komen Anwar Ibrahim bila video tu telah berada di youtube.Selamat menonton video lucah anjuran Umno dan Datuk T. Satu Malaysia telah berjaya dilucahkan oleh Umno dan sekutunya.

3 ulasan:

  1. ....tunggu je kebenaran, pasti tiba juga!

    BalasPadam
  2. Aku tak nak percaya. Tapi.....dari raut wajah, lagak gaya, sebijik la si dia...si anugerah..
    Eskay ni kiranya macam bapa ayam le..tukang ngatur..

    BalasPadam
  3. pemimpin umno otak gila, biol, tak layak jadi pemimpin manusia, layak jadi pemimpin kpd binatang itu pun tak kena cara kena bahan kak binatang buas kerana tak puas hati.

    BalasPadam