Selasa, 22 Mac 2011

Tengok 'blue film' tak salah? Menteri kurang ajar!

Nazri:Tiada yang tonton 'video lucah' di Parlimen-Malaysiakini

Tidak ada sesiapa yang menonton 'video lucah' yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang di parlimen, semalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

NONEKatanya, beberapa ahli parlimen cuba 'mencari video' berkenaan melalui internet tetapi menegaskan tidak ada seseorangpun yang berjaya menjumpai video tersebut sehingga sekarang.

“Saya ada di sana. Saya tanya mereka apa yang kalian sedang lakukan? Mereka memberitahu sedang mencari video itu tetapi tidak ada sesiapa pun yang berjaya menjumpainya,” katanya semasa diwawancara di pejabatnya di parlimen.

“Malah sehingga jam 9.30 malam, ketika saya berjalan di parlimen, tiada sesiapa yang jumpainya... Saya fikir ini dilaporkan dengan salah,” katanya.

Semalam, sebuah portal berita mendakwa sekumpulan ahli parlimen menonton 'pita lucah' itu pada komputer riba di kawasan merokok, lobi parlimen.

Komputer riba itu bagaimanapun didakwa dirampas apabila berita tersebar mengatakan video berkenaan sedang dipertontonkan di parlimen.

Tidak salah

Mengulas 'tayangan video aksi seks' di hotel Carcosa Seri Negara, semalam, Nazri bertegas tidak salah bagi penganjur di sebalik tayangan itu berbuat demikian.

azlan“Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumakan kepada kami,” katanya.

Menurutnya, jika tayangan yang diaturkan oleh seseorang individu yang hanya dikenali sebagai Datuk T dibuat untuk mencari keuntungan, maka ia satu kesalahan.

“Tetapi kita semua tahu beliau tidak ada niat untuk melaporkan (perkara itu) kepada polis dan mendapatkan editor sebagai saksi... tetapi itu bukan perkara pokok.

“Perkara pokok adalah video lucah itu dan pelakonnya (dalam video itu).”

anwar and lim kit siang with hadi awangNazri juga mencemuh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat penafian bahawa lelaki dalam video itu adalah dirinya dan berkata tiada sesiapa yang menuduh beliau.

“Kenapa (buat penafian)? Ia sepatutnya tayangan peribadi. Siapa terlibat (dalam video)? Ia mungkin penasihat DAP Lim) Kit Siang, ia mungkin (presiden PAS Abdul) Hadi (Awang),” katanya.-Berita dan gambar Malaysiakini.

Lebih kurang ajar bila Nazri kata ayat akhir tu ..mungkin Malaysiakini salah petik tapi kalau betoi Nazri memang biadap tuduh tanpa bukti! Kalau tak salah tengok video lucah, simpan video lucah tak payah la penguatkuasa KDN serbu kilang buat CD lucah.Lepas ni pakat-pakat la ajak anak -anak tengok gambar lucah bukan salah pun untuk koleksi peribadi!

Sementara itu dalam facebook Tok Guru Nik Aziz Nik Mat berkata,
[admin] "Bukankah Carcosa Sri Negara itu milik Kerajaan? Pelik dan hairan mengapa di sana boleh disiar video lucah dan lebih menghairankan mengapa polis tidak mengambil tindakan kepada penganjur yang menayangkan video lucah tersebut?"
Baca juga;
Anwar says Najib, Hisham involved in sex video scandal-Malaysia today
'Jangan bunuh Datuk T si pembawa berita'-Malaysiakini
Video seks:Abim pandang berat fitnah liar, gesa guna hukum syariah-TMI
Video seks: Anwar tak perlu sumpah al-Quran, kata Hadi-TMI
Pemimpin Pakatan label video seks 'taktik kotor'-Malaysiakini

5 ulasan:

  1. Hah.... sebijik macam Datuk Nikah Kawin Musang Berjanggut

    BalasPadam
  2. peliknya kalau memiliki cd lucah kena tangkap lak....

    BalasPadam
  3. Kesia rakyat malaysia dapat menteri bangang dan samseng macam ni.

    BalasPadam
  4. kalau yb nazri mengeluarkan kenyataan berikut"Mengulas 'tayangan video aksi seks' di hotel Carcosa Seri Negara, semalam, Nazri bertegas tidak salah bagi penganjur di sebalik tayangan itu berbuat demikian.“Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumakan kepada kami,” katanya.Ini bermakna tindakan yang dilakukan Yb Hishamudin dan Jabatannya selama ini tidak mengikut procedure perundangan negara kerana melakukan tindakan yang tidak diaktakan-sila rujuk kepada statement yb Nazri diatas yang memegang portfolio hal-ehwal undang2.Aku faham secara kasar dalam kes ini sesiapa yang memiliki,mengedar,menjual,menayang,merakam,melakonkan adalah besalah kecuali individu/jabatan tertentu dalam PDRM itu pun bukan semua anggota PDRM dibolehkan dan adalah dikira salah juga sekiranya individu dalam PDRM ini yang melakonkan nya.Adalah amat dikesali sesaorang yang memegang portfolio undang-undang mengeluarkan kenyataan tersebut walau dalam keadaan apa sekalipun kepada umum.Dalam keadaan ini YB Nazri Perlu rujuk Kepada YB Hishamudin atau pun sebalik nya adalah lebih baik

    BalasPadam
  5. ada 2 undang2 kot

    BalasPadam