Jumaat, 25 Mac 2011

Ini lagi kantoi!


Pembalak:MB Pahang dan pembantu tipu saya RM300K-Malaysiakini

Seorang pengasas dan pemegang saham sebuah syarikat pembalakan hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob dan pembantunya serta setiausaha Umno Bentong, Shamsudin Ibrahim kerana didakwa menipunya sebanyak RM300,000. NONE

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu di balai polis SEA Park, Lee Sin (kiri) berkata beliau telah membeli lebih 10 peratus saham kepunyaan Shamsudin seperti dipersetujui pada 2000 apabila syarikat pembalakan itu ditubuhkan. Syarikat itu - Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd - telah dijanjikan balak di kawasan 10,000 ekar di Nenasi Pekan, yang dikatakan milik Umno Pahang.

Sebagai sebahagian daripada perjanjiannya, Shamsuddin dilantik sebagai pengarah urusan sehingga lesen pembalakan dikeluarkan, dan pada masa itu, sahamnya akan dibeli oleh Lee. Ini dilakukan pada 2 Mei 2000, seperti yang dinyatakan dalam rekod pemindahan pemegangan saham di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebanyak RM300,000 sejurus selepas syarikat tersebut menerima lesen untuk 3,000 ekar.

Tetapi lesen itu, yang dikeluarkan bagi setiap 1,000 ekar itu, terhenti di situ sahaja. Lewat tahun lepas, kata Lee, Seruan Gemilang Makmur telah disaman oleh Umno Pahang kerana tidak memajukan kawasan yang telah dibalak. -Gambar dan berita Malaysiakini.

Sapa tak kenal Nan Yaakob samseng kampung dusun..Semua balak Umno sapu rakyat bawahan gigit jari habuk pun tarak.Tang sapu balak Umno didahulukan tang nak tekan rakyat barang naik , petrol naik rakyat yang kena.Tak sedar-sedar lagi kita orang Melayu siapa yang kaya , siapa yang kaut harta rakyat kalau bukan Umno.Tunggu sampai bila nak humban Umno kalau tak ambik kesempatan pru 13 akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan