Ahad, 27 Mac 2011

Jawatan TP Pas: Tuan Ibrahim Tak Mau Lawan , Mat Sabu Mau

Masih awal untuk diketahui berapa penjuru pertandingan jawatan Timbalan Presiden Pas dalam Muktamar Pas akan datang.Jawatan Presiden Pas tak dengar pula akan ada pertandingan.Semua tertumpu kepada jawatan no 2 dalam Pas iaitu jawatan Timbalan Presiden Pas.

Belum apa -apa lagi Naib Presiden Pas Ustaz tuan Ibrahim Tuan Man dah angkat tangan tak mau lawan jawatan Timbalan Presiden Pas katanya nak jaga perpaduan dalam Pas.Awat..? kalau dia lawan jawatan tu Pas jadi berterabur habis ka? bukan lawan guna duit macam Umno awat takut Pas jadi berterabur? No 2 tuan Ibrahim tak mau mungkin Tuan Ibrahim idam jawatan no1 dalam Pas hi hi..lawan la peduli apa.sapa nak lawan.. lawan

Mat Sabu pulak yang jadi AJK Pas Pusat macam saya kata dulu dia tak kira apa dah dia nak lawan dan bertanding jawatan Timbalan Presiden.Kalau nak lawan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan dulu tentu dia pertahankan jawatan Naib Presiden Pas yang pernah disandangnya dulu.

Ustaz Nasharudin Mat Isa yang kini menjawat jawatan Timbalan Presiden Pas sudah tentu akan pertahankan jawatannya walaupun beliau berdiam diri..kata orang 'diam ada makna tu..'.Suara daripada kem dalam kelambu beliau mula dah pasang kaki suruh pertahan jawatan Timbalan Presiden Pas.

Pemilihan Pas:Tuan Ibrahim tak tanding no 2 , Mat Sabu masih kaji peluang-TheMalaysianinsider.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Tuan Ibrahim berkata, keputusan diambil demi masa depan yang lebih baik bagi PAS.

Jelas beliau, PAS mempunyai ramai pemimpin yang lebih layak dan berwibawa untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden.

“Saya tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden dan keputusan itu dibuat setelah fikirkan bahawa PAS mempunyai kepimpinan yang ramai dan boleh menyumbang memperkuatkan parti dalam menghadapi cabaran serta bersaing dengan Barisan Nasional (BN).

“Cabaran PAS kini lebih besar dan keputusan yang saya buat ini adalah jelas,” katanya.

Jelas Pesuruhjaya PAS Pahang itu, dengan keputusan itu diharapkan kawasan yang akan mengadakan mesyuarat pada bulan depan tidak akan mencalonkan beliau bagi merebut jawatan timbalan presiden.

“Dengan keputusan ini saya harap kawasan tidak akan calonkan saya bagi jawatan ini, saya harap tidak pencalonan.

“Saya harap kawasan akan pencalonan pemimpin yang lebih baik dan layak untuk memegang jawatan itu,” katanya.

Dengan keputusan itu, dijangkakan jawatan timbalan presiden akan menjadi rebutan antara penyandangnya Nasharudin dan ahli jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu yang mungkin akan bertanding.-TMI

4 ulasan:

  1. Aku akan sokong PAS balik kalau geng tentera hitam take over dari geng wahabi cilanat

    BalasPadam
  2. Saya harap Tuan Ibrahim tak payah bertanding apa2 jawatan kerena masa pegang jawatan Naib Presidenpun dia tak buat apa2.

    Jadi Ketua Jawatankuasa Disiplinpun dia gagal.

    Baik dia pergi ceramah sajalah.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  3. tuan ibrahim tuan man,

    wajar dilantik jadi ketua dewan ulama je..
    dia tak sesuai pegang jawatan eksekutif..

    BalasPadam
  4. Haji Mat Sabu mesti berani membawa perubahan dalam parti Islam ini. Terutama agenda memperjuangkan menuntut demokrasi untuk rakyat Malaysia disamping perjuangan mengamalkan demokrasi dalam parti Islam itu wajib didahulukan. Pas ini parti politik yang didaftaar dibawah Pendaftar Pertubuhan menurut Perlembagaan Malaysia. Oleh Pas harus perjuangkan demokrasi dalam parti mereka dahulu, baru rakyat dapat melihat contoh teladan demokrasi apa yang parti Islam ini nak perjuang dan daulatkan.

    BalasPadam