Ahad, 6 Mac 2011

Tidak dibenarkan bermalam di Masjid arahan JAIM

Kejadian ini berlaku di Melaka 'Negeri maju 2010' .Jabatan Agama Islam Melaka mengarahkan semua masjid dalam dun Merlimau supaya tidak membenarkan jamaah masjid yang bermusafir daripada tidur dan bermalam di masjid(klik imej sebelah untuk besarkan) semasa kempen pilihanraya kecil dun Merlimau.

Ini pebuatan zalim sesama umat Islam yang mahu berhenti rehat di masjid.Kedatangan para jemaah masjid daripada luar telah berjaya meramaikan jumlah untuk solat berjamaah di masjid dalam dun Merlimau yang biasanya tak sampai lima orang untuk solat waktu.

Bagaimanapun tidak semua masjid dalam dun Merlimau ikut arahan Jabatan Agama Islam Melaka.Terimakasih!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan