Ahad, 13 Mac 2011

Umi Hafilda lebih berjasa daripada Ku Li dalam Umno

MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz bersetuju dengan pandangan Ku Li ahli parlimen Gua Musang (Umno) bahawa pembohongan politik berlaku secara berleluasa di negara ini.TGNA mengulas pandangan Ku Li berkaitan buku terbaru Tun Mahathir yang mengaitkan Ku Li dengan politik wang 'A Doctor in the House'.

Kata TGNA dalam facebook beliau,
"Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini. YBM Ku Li berkata buku yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir ialah satu pembohongan politik. Saya belum membaca lagi buku tersebut. Tetapi saya bersetuju dengan Ku Li bahawa pembohongan politik berlaku secara berleluasa di negara ini. Di samping itu, saya berharap janganlah sesiapa mengambil sikap mengaibkan orang lain yang belum didapati bersalah di mahkamah."
Sementara Ku Li ketika mengulas buku Tun Mahathir berkata secara sinis"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir. Satu daripadanya adalah yang terbaru dilancarkan dengan tajuk pseudo (awalan asing palsu), 'A Doctor in the House'.

tengku razaleigh speech 110310 02"Saya gunakan 'pseudo' kerana ia adalah tiruan tajuk daripada sebuah filem komedi British yang terkenal pada 1950an berdasarkan novel Richard Gordon. Mungkin ia disengajakan bagi mencerminkan lawak, selain pembohongan politik, kata Tengku Razaleigh secara sinis.

Menurutnya, dakwaan yang dilemparkan oleh Mahathir dalam buku tersebut ke atas dirinya bukan sesuatu perkara baru.Baca di sini.

Kesian kepada Ku Li ketika beliau dilanyak Tun Mahathir dalam bukunya tidak ada mana-mana pihak dalam Umno berani tampil ke hadapan untuk bersuara pertahankan Ku Li daripada diserang Tun Mahathir.Umno begitu takut kepada Tun Mahathir yang dianggap sebagai 'khalifah' dalam Umno.Kalau Tun berbohong sekalipun Umno anggap betul tak ada yang tak betul.Penyokong kuat buku Tun Mahathir ialah Umi Hafilda yang dibuang keluarga sendiri.Umi Hafilda dianggap lebih 'berjasa' daripada Ku Li dalam Umno terutama di prk Merlimau dan Kerdau.

Ku Li hanya diperlukan ketika sakit dan nazak saja dalam Umno.Ketika prk Galas yang lalu Umno anggap Ku Li manusia paling istimewa tapi bila Umno dah menang di Galas jasa Ku Li terus dilupakan begitu saja..tapi Ku Li tetap setia dan jadi 'Ghurka' dalam Umno.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan