Selasa, 8 Mac 2011

'Tanya manifesto apa lagi'-MB Kedah

Ini apa yang dilaporkan media Umno utusan malaysia online;

MB Kedah elak jawab mengenai manifesto

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini cuba mengelak untuk menjawab soalan mengenai sejauh mana pelaksanaan manifesto pilihan raya Pas Kedah selepas tiga tahun menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Sebaliknya beliau mendakwa media massa hanya mahu menyiarkan berita negatif berbanding positif berkaitan kerajaan Pas Kedah.

"Manifesto orang perintah lain dah, dia orang buat banyak dah. Tanya manifesto apa lagi," soalnya selepas melawat kumpulan kedua pelajar Kedah seramai 216 orang yang akan berlepas ke Mesir di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Beliau ditanya pemberita mengenai pelaksanaan manifesto pilihan raya umum Pas Kedah 2008 memandangkan esok adalah genap tiga tahun parti itu memerintah Kedah.

Ditanya berapa peratus daripada keseluruhan manifesto berkenaan yang belum dilaksana, beliau berkata:

"Tanya yang laksana dulu, tanya yang tak laksana pasal apa? Ini yang saya tak berapa seronok itu. Nak tanya hak (yang) negatif, lepas itu hak (yang) negatif baru siar. Hak (yang) positif tak mahu siar, mana boleh macam itu."-Utusan

3 ulasan:

  1. Ni sekoq lagi jenih perangai ulaq kapak dalam seluaq..jenih bebal syok sendiri..

    Dulu sikit punya sakan duk mengata rata kampong nak banteras arak judi..Mau bila dah boleh kuasa.., hampeh...pasai nak jaga undi.. Jenih barua punya pemimpin..semua orang dia nak jerkah..Punya lah kemaruk Pas Kedah selepas perginya Al-Marhum Fadzil Noor....

    BalasPadam
  2. sedaq sama...mana mai kilang Calsberg & Guiness Staut, tak jasa kawan-kawan lama

    BalasPadam
  3. Utusan ni memang jenih tak reti bahasa...
    asyik sebar fitnah sini sana...
    yg negatif jer lapor...
    yg positif hangpa simpan dalam karung guni...

    BalasPadam