Selasa, 15 Mac 2011
Buku bertemu ruas, pesta londeh -melondeh
Siapa tak kenal Umi Hafilda tukang kempen Umno yang hebat di prk Merlimau dan Kerdau.Selepas Umi puas londehkan isu-isu Anwar Ibrahim dalam dua prk tersebut kini giliran Umi pulak akan dilondehkan oleh bekas sahabatnya Baginda Minda kerana dah tak tahan dengan perangai Umi yang dikatakan akan buat apa saja jika dibayar.
Mari kita tengok pesta londeh melondeh antara Umi dan Baginda Minda.Seorang berada di pihak Umno sorang lagi berada dipihak Anwar Ibrahim.Elok la londeh jangan tak londeh.Kalau kita buka aib orang orang bukak aib kita.Gambar atas dicopy daripada Malaysiakini.
Baginda pula jelajah 'bongkar' Umi Hafilda-Malaysiakini
Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu.
Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London.
Menurut Baginda , Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini.
Beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar.
Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.
Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.
Justeru, Baginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.-Malaysiakini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hai Misai...hang pun kira dah terjebak jugak la no dengan Pak Sheikh hang ni...aparaa..dalam duk berkawan dgn geng ahlul-bait pun, hang duk benak lagi...Mat Sabu khutbah apa plak la ni..???
BalasPadam