Isnin, 7 Mac 2011
Umno buat apa pun semua ok
Semasa kempen prk Merlimau macam-macam kempen Umno taburkan kepada rakyat dalam bentuk risalah seperti 'Anak saudara tipu bapa saudara', 'IslamNik Aziz sama dengan Lee Kuan Yew', kartun-kartun yang penuh dengan cerita yang hina Islam, semua ada.Pendek kata Umno macam maksum , suci lagi menyucikan ..semua kira ok walaupun pemimpin Umno, bini pemimpin Umno tunggang langgang amalkan ajaran Islam.
Bagi Umno kalau ustazah Umno kata boleh melacur kalau darurat itu bukan isu yang jadi isu kalau golongan agama yang sokong pembangkang yang kata.
Bagi Umno kalau isteri pemimpin Umno peluk cium pelakon Bollywood itu bukan isu yang jadi isu kalau isteri pemimpin pembangkang yang buat kerja tu.
Tak jadi isu juga macam Menteri Wanita Umno dalam gambar di atas kena peluk dengan Cina apek tua yang jadi isu kalau wanita Pas yang buat kerja tu..mungkin juga kerana darurat! Baca di sini.
Tak jadi isu kalau laporan audit negara kata sebatang pen di pasaran rm 4 jadi rm 50. Jadi isu kalau kerajaan PR yang buat.
Tak jadi isu kalau ustaz Umno boleh salam jantan betina yang bukan mahram..jadi isu kalau pemimpin pembangkang yang buat kerja tu.Begitu juga bekas menteri Umno raba punggung wanita juga tak jadi isu yang jadi isu kalau pemimpin pembangkang yang buat.
Tak jadi isu saham bumiputera rm52 bilion dilesapkan pemimpin Umno.. jadi isu kalau pembangkang yang buat . Bak kata orang salahlaku pemimpin Umno habaq macammanapun ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Hina Islam, hukum Islam pun tak pa janji Umno.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan