Rabu, 9 Mac 2011

Bertuahnya Bik Mama sebagai 'first lady'

Flom dikeluarkan bagi elak kekeliruan-Malaysiakini

Senarai enam pegawai yang ditugaskan kepada Divisyen Wanita Pertama Malaysia (FLOM) pada direktori Jabatan Perdana Menteri dikeluarkan dari laman sesawangnya bagi mengelakkan kekeliruan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

NONE"Direktori dan laman web Jabatan PM sedang dalam proses kemas-kini, untuk elakkan kekeliruan,” katanya di bangunan parlimen hari ini.

Beliau mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan.

Dalam jawapan yang berdolak-dalih, Nazri mengulangi kenyataan yang dibuatnya pada Disember tahun lalu bahawa 'divisyen' berkenaan bukan sebahagian daripada jabatan PM tetapi adalah senarai pegawai yang dipinjamkan bagi 'membantu' Datin Seri Rosmah Mansor dengan 'tugasnnya' sebagai isteri perdana menteri.

"Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau.”

Katanya, antara tugasan pegawai yang dipinjamkan itu termasuk menguruskan surat menyurat dan jemputan ke majlis antarabangsa dan juga peringkat negara.

Tambahnya, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang telah diambil bertugas di pejabat perdana menteri.

"Tidak timbul soalan kos tambahan kerana mereka memang sebahagian daripada kakitangan pejabat PM,” katanya lagi.-Malaysiakini.

Berkuasanya Rosmah Mansor sampai ada 6 pegawai nak melayan kerenah beliau .Nak buat surat pakai 6 pegawai..Rosmah Mansor bukan kakitangan kerajaan ..dapat layanan istimewa hanya jadi bini PM saja.Kerajaan juga tanggung kos lawatan Rosmah ke luar negara berjumlah RM 134,000.

Baca juga di sini. NONE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan