Isnin, 7 Mac 2011

'Mak cik rasa takut laa..'

Tadi dok tengok berita jam 8 tv3 yang masih seronok merayakan kemenangan BN di prk Merlimau dan Kerdau.Masing-masing pakat seronok gila kata rakyat Melayu, Cina dan India dah kembali jilat BN. Pas pulak masih nostalgia dengan pru 2008 . Woit! jangan dok mimpi lama-lama bangun la daripada tidur kalau mau lagi menang dalam pru 13 nak tumbang Umno-Bn parti perasuah .Laa ni tahun 2011 bukan 2008..ha ha

Dalam berita jam 8 tv Umno tu pun tunjukla sorang Makcik bertudung biru pekat dok ulas isu Pas-Dap.Kat Mak Cik tu, "Mak Cik rasa seram dan takut tengok Tok Guru Nik Aziz peluk Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.Tengok apa sudah jadi di Pulau Pinang dan Selangor ..mak cik takuuut."

Ha ha yang makcik tu tak takut tengok Rosmah Mansor peluk dan cium pipi Shah Rukh Khan ..sebab mak cik tu pon peminat filem Hindustan.Mak cik tu tak rasa geli geleman dan seram tengok Apek Cina peluk Shahrizat...sebab mak cik Umno tu ingat tu perkara biasa.

Mak Cik tu takut jadi macam Selangor dapat air free 20meter padu tiap bulan, anak masuk U dapat duit, lahir anak dapat saham..ini mak cik tu takut sebab negeri Umno perintah tak ada ni semua! Makcik tu takut negeri maju macam Pulau pinang dan Selangor masjid diimarahkan dengan program agama, boleh bermalam di masjid bagi yang bermusafir tak macam Melaka 'Negeri maju 2010' orang musafir tak boleh guna masjid! Ha Ha..ini betul punya bukan auta..

Tadi ketika di workshop kereta berkata seorang rakyat Selangor kepada saya,"Bang..agak-agak kalau bertukar kerajaan pru 13 , boleh dapat air free lagi ka setiap bulan? Saya punya rumah tiap-tiap bulan tak pernah bayar." Saya kata ,"Kalau u nak rasa kena bayar tiap-tiap bulan bil air u sokonglah Umno-Bn tapi kalu u rasa kerajaan yang ada ni buat untuk keselesaan rakyat u pangkah parti dalam PR."

Baca juga;
Pas patut risau undi muda, bukan Felda-Malaysiakini
Belakangkan demokrasi umpama bom jangka-Harakahdaily

2 ulasan:

  1. malang sungguh Malaysia dapat melayu jadi majoriti!!

    wakakakaa!

    BalasPadam
  2. ada tak video makcik takut ni kat youtube, seronok tengok, geram dan sedih gile pun ada. tapi memang serius ramai melayu yang macam makcik ni, dorang kat kisah barang naik, minyak naik, dorang tak kisah rosmah abiskan duit, duit haram keluar berbilion, yang dorang takut nik aziz peluk lim guan eng. sebab dalam kitab al-umno ada menyebut, "binasalah melayu yang memeluk dan berbaik dengan cina bernama lim guan eng, lim kit siang, maka islam akan hancur, sesungguhnya islam yang sebenar adalah umno" surah apa tak ingat. satu lagi 'hadis' yang diriwayatkan oleh 'imam najib' -barangsiapa yang memeluk apek untuk mendapat sokongan undi, maka berbahagialah dia yang akan selamatlah ummat melayu"

    BalasPadam