Khamis, 17 Mac 2011

Umi Hafilda pelaris Umno kena sikit terus saman

'Ratu Umno' dan pelaris Umno Umi Hafilda saman portal Malaysiakini dan Baginda Minda lelaki yang dikatakan ada hubungan dengan Umi Hafilda.Saman ini dikatakan ada kaitan dengan dakwaan Baginda Minda yang katanya ada buat hubungan seks dengan Umi di London.Gambar sebelah daripada malaysiakini

Umi fail saman fitnah terhadap terhadap Baginda, Malaysiakini-M'kini

Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap ahli perniagaan Nor Azman Abdullah Baginda Minda dan Malaysiakini.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini.

Ummi mendakwa sebuah artikel yang disiarkan dalam Malaysiakini pada hari Selasa, yang memetik Baginda sebagai berkata beliau akan mendedahkan dakwaan salahlakunya.

Ummi juga memohon injunksi terhadap Baginda dan Malaysiakini daripada mengulang atau menyiarkan lagi kenyataan-kenyataan yang memfitnahnya.

Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut, Ummi berkata Baginda telah mencemarkan reputasinya ekoran perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Ummi yang merupakan saksi utama dalam perbicaraan itu, mendakwa Baginda telah digunakan oleh pihak peguambela untuk memberi keterangan bagi mencabar kredibilitinya.

Ummi juga mendakwa bahawa Baginda hanya menjadi alat yang digunakan oleh Anwar untuk memfitnahnya, sambil menegaskan bahawa PAS dan PKR menggunakan perkara itu untuk kepentingan mereka sendiri.

Katanya, dia mengambil tindakan undang-undang itu bukan kerana takutkan Baginda berceramah mengulangi dakwaan fitnah terhadapnya, tetapi ia demi menjaga reputasi dan integritinya.-Malaysiakini

Umi kena sikit, baru Baginda nak buka mulut terus saman Baginda dan M'kini RM100 juta. Wow! banyak tuu..

Umi Hafilda laku dalam Umno diusung ke sana sini dalam ceramah Umno kalahkan Shahrizat, Ustazah Umno Marshitah..sikit hari lagi Bik Mama pun Umi boleh kalahkan.Sikit hari lagi dek lakunya Umi dalam Umno boleh jadi Ketua Wanita Umno kalahkan Shahrizat.Mat Ezam dah tenggelam hilang tah ke mana.

Umi Hafilda pernah digantung keahliannya dalam Umno pada tahun 2002 selama 3 tahun kerana buruk-burukkan Azlina Othman yang pada masa itu Ketua Puteri Umno.Baca di sini.Kini Umi kembali laris dalam Umno macam pisang goreng panas kerana 'kepakarannya' dalam menghadapi Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Sementara itu blog milosuam mendedahkan skandal gambar Ketua Umno Gombak dan kekasih gelapnya. Jika tidak benar orang yang dalam gambar sila buat laporan polis.

1 ulasan:

  1. Anwar tak nak saman Umi ke??????

    Berani kerana benar

    BalasPadam