Sabtu, 19 Mac 2011

Dun Sarawak bubar 21 Mac

Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud mengesahkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan Isnin ini.

Taib berkata notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian, katanya.

Pengumuman Taib itu menamatkan teka teki mengenai tarikh pilihan raya negeri. Dewan Undangan Negeri Sarawak sedia ada akan tamat pada 23 Julai ini.Baca lagi di sini.

Peluang untuk rakyat Sarawak tumbangkan BN di Sarawak..tu pun kalau rakyat Sarawak mahukan perubahan macam di Semenanjung yang diperintah PR di 4 negeri! Jika BN tumbang di Sarawak PM Najib terpaksa mengundur diri sama macam Ketua Menteri Sarawak yang mahu berundur selepas pilihanraya Sarawak.

Birthday saya tu 21 Mac hihi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan