Isnin, 21 Mac 2011

Anwar:Saya bukan lelaki dalam video seks

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras menafikan yang beliau bukanlah lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi ini.

Dia menyifatkan dakwaan itu sebagai "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat tertinggi kuasa.

Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan cucu-cucu, pada masa itu video dikatakan dirakamkan.

Katanya, beliau telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan yang beliau bukan lelaki dalam video tersebut.

Sambil tersenyum Anwar berkata, lelaki dalam video itu "berperut buncit" berbanding dengan perutnya.

"Cuma perut orang itu jauh lebih buncit daripada perut saya," katanya.

Anwar turut bangunan untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.

Bercakap dalam sidang media petang ini, beliau menyifatkan dakwaan dakwaan tersebut sebagai "fitnah jahat terbaru dalam bentuk video."-Malaysiakini.
Baca juga;
Anwar:It Wasn't me-Themalaysianinsider
Anwar; Saya bukan lelaki dalam video seks , taktik jahat baru BN-themalaysianinsider
Teknologi video dan kempen jatuhkan seteru-Malaysiakini
Banyak persoalan mengenai video seks-Malaysiakini
Tayangan 'meletup' di Carcosa Sri Negara-Malaysiakini
Video seks: Buat laporan polis jika teraniaya, kata Hishamuddin-Themalaysianinsider

Bagaimana dengan dakwaan gambar Ketua Umno Gombak berpelukan yang hingga kini masih didiamkan oleh pihak Umno dan media Umno?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlpprRF6iM73337y0wfIJZ1YWDjcRMSJeYxbMK76hBD3XshiH5y9Facon2QijyMMWCYeGCLXjWyp7fHoTgsHStuMX478faCspWDthVrgBAZiblMAOJqYhf02475AnTOLzb7ZG4i9yjcFg/s400/Ketua+umno+gombak.jpg

3 ulasan:

  1. Eh! Tiba-tiba je isu video sex ni meletop.. Tak sampai a day, Anwar cepat menafikan bahawa lelaki yg begitu iras dengannya bukanlah dia.. Normally, dia amik masa juga nak bersuara..Lain macam je...

    Apa pun, don't be too gullible..especially orang PAS...cukup mudah kena kelentong...

    BalasPadam
  2. Hishamuddin Hussin pun sama tiba-tiba terus nafi kata ,"ini bukan kerja polis "..sapa main siapa?

    BalasPadam
  3. Misai...Misai...geng ahlul-bait mana boleh senang kena torak....apa la hang ni..Tak kan Mat Sabu tak pesan apa-apa kut...

    BalasPadam