Jumaat, 18 Mac 2011

Kenapa takut umum tarikh pilihanraya di Sarawak?

Tarikh pilihanraya di negeri Sarawak masih jadi teka teki .Ada yang kata bulan Mac , ada yang kata bulan April tahun ni.Semuanya jadi teka teki tak macam negara luar 6 bulan sebelum pilihanraya dah umum tarikh atau setahun sebelum tarikh pilihanraya diadakan semua rakyat dah tahu bila hari mengundi.Thailand sebagai contoh beberapa bulan sebelum pilihanraya diadakan kerajaan sudah mengumumkan tarikh pilihanraya.

Kenapa begitu takut nak umum tarikh pilihanraya di Sarawak?Apa yang ditakutkan sangat?Kalau komponen BN di Sarawak begitu yakin boleh menang besar umum la dok tunggu apa lagi.Ni tidak biar rakyat tertanya-tanya sejak tahun lepas lagi bila hari mengundi dalam pilihanraya negeri nak diadakan.Apakah kerajaan BN di Sarawak sedang mencari jalan untuk selamatkan harta masing-masing jika tumbang dalam pilihanraya di Sarawak? Hi hi

Masing:Anda boleh bertaruh pilihanraya Sarawak April-Malaysiakini

Jika tiada berlaku sesuatu di luar dugaan, maka pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 “hampir pasti” diadakan bulan depan, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

azlanPresiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk James Jemut Masing berkata, Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud telah memberi bayangan yang jelas mengenainya dalam mesyuarat kabinet negeri pagi ini, bahawa pilihan raya negeri akan diadakan pada bulan April.

“Beliau membayangkan demikian, meminta kita bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya,” kata Masing ketika dihubungi Malaysiakini.

“Jika anda mahu bertaruh, anda boleh bertaruh pilihan raya akan diadakan pada bulan April,” kata Masing, yang juga menteri pembangunan tanah Sarawak.

”Ada kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan hujung bulan ini untuk mengadakan pilihan raya bulan depan,” katanya.

“Saya yakin hanya ketua menteri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tahu tarikh pembubaran DUN, tetapi beliau (Taib) tidak memberitahu kami bila.

“Tetapi anda boleh mengagak bila ia akan diadakan. Ia umpama mengagak bila akan hujan dengan melihat pada awan hitam di langit,” tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan