Rabu, 23 Mac 2011

Timbalan Presiden Pas: Husam bagi laluan kepada Mat Sabu


Mat Sabu Dapat Pencalonan Timbalan Presiden-Malaysiakini

Perebutan kerusi timbalan presiden PAS semakin panas apabila bekas naib presiden Mohamad Sabu mendapat pencalonan pertamanya dari kawasan Kubang Kerian yang diketuai exco kanan kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.

Mesyuarat kawasan itu Sabtu lalu sebulat suara mencalonkan Mohamad bertanding jawatan berkenaan.

Jawatan tersebut kini disandang oleh ahli parlimen Bachok Nasharuddin Mat Isa.

Mohamad memerlukan satu lagi pencalonan untuk layak jawatan tersebut dalam muktamar PAS Jun ini.

Bagi jawatan presiden, naib presiden dan jawatankuasa pusat, mesyuarat tersebut menyerahkan kepada jawatankuasa kawasan untuk memilih calonnya.-malaysiakini.

Kali ni agak-agak berapa penjuru jawatan Timbalan Presiden Pas akan ditandingi? Adakah satu lawan satu, 3 penjuru atau 4 penjuru?Yang pasti Mat Sabu dah bertekad dan membayangkan walau apa pun yang terjadi beliau tetap akan bertanding jawatan Timbalan Presiden.Dia tak kira kalah menang dah dia nak bertanding juga...

3 ulasan:

  1. Pencalonan Mat Sabu dari Kawasan Kubang Kerian bermakna bukan sahaja Mat Sabu dapat laluan dari Dato Husam Musa tapi Mat Sabu dapat sokongan dari Dato Husam Musa.Dalam pemilihan yang lalu,undi pecah dua sebab Datok Husam Musa turut bertanding melawan Nasaruddin Mat Isa.Jumlah undi yang diperolehi oleh Mat Sabu dan Dato Husam waktu itu jika dicampurkan,melebihi undi yang diperolehi oleh Nasaruddin Mat Isa.Selamat berjuang Mat Sabu.

    BalasPadam
  2. Nasa konfirm menang. Presiden dan Timbalan Murshidul Am Pas sokong dia. Husam Musa dah bagi laluan. Mat Sabu kena kerja kuat utk menang. Kalu setakat ceramah kehulu kehilir tobat lahom tak menang. Jika Mat Sabu bertanding nak kalah serupa je dgn srategi pas masuk pilihanraya kecil asal lawan umno. Kalah jamin dalam tangan. Zaman telah berubah. Mat Sabu wajib ada strategi dan fokus untuk menang.

    BalasPadam
  3. Tuan Haji Mat Sabu harus berjiwa besar dalam wajah politik Malaysia. Orang berjiwa besar mesti ramai kawan yg boleh memberi pandangan dan jangan cari musuh dalam politik. Orang politik berjiwa besar mesti pemurah dalam amal kebajikan dan bersama membina negara bangsa dengan wang dan peluh keringat. HIDUP MELAYU !

    BalasPadam