Sabtu, 19 Mac 2011

Nak undur-undurla dakwaan rasuah macam mana?

Undur Selepas Pilihanraya, Ulang Taib-Malaysiakini

Ketuan Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud sekali lagi memberitahu bahawa beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya DUN Sarawak yang mesti dilakukan sebelum Julai ini.

Taib - yang sudah 30 tahun berkuasa di negeri itu - berkata, beliau akan memastikan BN menang dalam pilihan raya kali ini dan memastikan peralihan kuasa dibuat sebelum beliau meletakkan jawatan.

Ini merupakan kali ketiga Taib mengeluarkan kenyataan sebegitu selepas awal kenyataan awalnya di Mukah dan Betong awal tahun ini.

Kemungkinan untuk beliau bersara semakin dekat, akuinya.

Taib yang memimpin Sarawak sejak 1981 berkata, masa itu akan tiba apabila orang yang didiknya boleh membentuk pasukan untuk berkhidmat kepada negara dan pelbagai bangsa.-malaysiakini

Taib Mahmud nak undur bila itu beliau punya hal, tapi dakwaan rasuah yang bertalu-talu terhadap Taib takkan boleh settle macam tu saja dengan pengunduran Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak selama 30 tahun. Adakah dakwaan laporan Sarawak Report dan golongan anti Taib Mahmud di seberang laut yang mendedahkan pelbagai salah laku Taib temasuk kayakan kroni beliau didiamkan saja oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia seperti yang didesak Transparency -International Malaysia ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan