Isnin, 21 Mac 2011

Ustaz2 sibuk bab menikah ja

Ustaz-ustaz yang katanya golongan yang perjuangkan sunnah Nabi Muhammad SAW begitu sibuk dengan perkara-perkara yang begitu 'ringan' seperti pertikaikan bab menikah dalam masjid menyimpang daripada amalan Nabi. Menikah tang mana pun sah hatta bawah pokok pun sah janji cukup syarat dan rukun nikah.

Ada benda dan perkara yang lebih berat libatkan akidah dan pegangan umat Islam yang harus dibicarakan bukan dok pertikai bab menikah dalam masjid.Nak ikut sunnah Nabi Muhammad SAW bukan takat dalam bab ibadat saja kalau dok kerja buat sokong pemerintah yang tangkap orang tanpa bicara sumbat dalam ISA pun kena pertikai juga.Pemerintah yang sapu duit saham bumiputera RM52 bilion pun para ustaz kena berani cakap dan berhujah baru betoi...

Nak solat ikut Nabi, kencing berak ikut Nabi tapi kalau bab pemerintah zalim tak berani cakap nak kira lagu mana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan