Selasa, 1 Mac 2011

Kalau Orang Melayu Cerdik Kalahkan Umno-Bn Di Kerdau dan Merlimau

Hinanya politik Umno dalam hadapi pilihanraya.Bagi Umno orang Melayu boleh dibeli dengan jalan tar, sogokan wang, peruntukan segera untuk buat balairaya, dewan orangramai , pembangunan segera bernilai berjuta.

Semuanya hanya jika ada pilihanraya , jika tak ada pilihanraya Umno tobat tak umum semua projek pembangunan untuk rakyat dan orang Melayu.Habis pilhanraya semua janji lesap.

Punya nak jaga hati pengundi Cina dan India di Kerdau tanah yang tak bergeran diluluskan segera tak sampai seminggu dah dapat geran.Sedangkan berpuluh tahun diminta dah berapa kali ada pilihanraya minta tak dapat.Orang Melayu lagi teruk terus sokong Umno walaupun tak dapat geran tanah.Kena tipu dah berapa kali pilihanraya tapi tak serik-serik dengan Umno..bila ada pilihanraya terus undi BN juga...apa boleh buat.

Orang Melayu kalau cerdik pandai nak kenakan Umno-Bn yang ingat orang Melayu mudah dibeli dan kena kelentong mesti tolak BN di Kerdau dan Merlimau.Kata seorang anak muda kepada saya, "sepatutnya di prk Kerdau dan Merlimau yang menang ialah Pas, baru Umno buka mata dan ingat kita orang Melayu tak mudah dijual beli dengan wang ringgit dan projek pembangunan."

Di Merlimau dan Kerdau jika anda keluar tol menuju kedua-dua lokasi pilihanraya anda akan dapat lihat jalan tar yang baru diturap hitam berkilat.Ada jalan tar hanya diturap sebelah saja , sebelah lagi mungkin tunggu habis pihanraya!Terpampang banner BN besar-besar jaja projek pembangunan yang mahu khayalkan kita orang Melayu bahawa inilah jasa BN 'Jaguh Pembangunan'. Ada juga banner BN yang tertera 'Jom Selamatkan Malaysia'.Nak selamat apa wahai orang Melayu saham Bumiputera RM52 Bilion lesap sapa yang sapu?

4 ulasan:

  1. Kalau orang Melayu bangang, menangkanlah PAS yang sudah menggadai prinsip perjuangan......

    BalasPadam
  2. ........macam tergadai Singapura!!! lepas 50 tahun pulak gadai Batu Putih, jati diri perjuangan melayu sebenar....

    BalasPadam
  3. malu melayu kalu dok harap umno bela melayu. bukan tak tahu pemimpin umno tu penipu. dapat makanan satu kotak 1malaysia berapa hang kenyang, pemimpin umno dan kroni berjuta tibai duit rakyat. sedarlah melayu.ada otak guna gunalah sebahagian untuk fikir. bukan otak udang ngok.......

    BalasPadam
  4. pemimpin umno tipu melayu

    BalasPadam