Kata orang kalau nak menipu pun biarlah sekupang dua tapi kalu nak menipu sampai RM10 ingat orang tak tau ka kata kita menipu.Bagi Allah SWT besar kuman pun kalu menipu Allah SWT ambik kira.
Jika dilihat sekarang ini Umno menyerang habis-habis manusia yang bernama Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang dan pemimpin Pakatan Rakyat.Bagi Umno kalau Anwar Ibrahim musnah atau karier politiknya hancur rakyat yang menentang Umno-Bn akan kembali sokong BN.Adakah ini pandangan politik yang tepat dan betul?
Rakyat yang benci dan meluat kepada Umno disogok dengan isu Anwar Ibrahim yang tak habis-habis sejak tahun 1998 hingga sekarang.Kalau Anwar benci kepada Umno rakyat terbanyak yang lawan Umno lebih meluat kepada Umno 100 kali ganda daripada Anwar Ibrahim! Ini yang Umno kena ingat.Kalau pru 13 Umno-Bn berkuasa dan menang besar kita rakyat yang lawan Umno-Bn tetap akan lawan Umno-Bn dalam pru 14 pulak.
Kerja melawan Umno ini bukan Anwar Ibrahim yang punya, bukan Tok Guru Nik Aziz yang punya, bukan Tok Guru Hadi yang punya, bukan Lim Kit Siang yang punya tapi seluruh rakyat Malaysia yang bencikan Umno-BN yang dah uzur yang bertapuk-tapuk dan penuh dengan daki yang sukar dicuci.Apa yang tidak ada kepada Umno? Rasuah, zalim, kronisme dan nepotisme semunya berakar umbi dalam Umno-Bn yang berkuasa sejak 50 tahun yang lalu.
Tumbangnya regim Mubarak di Mesir dan Tunisia adakah hanya kerana segelintir rakyat yang dipimpin puak-puak tertentu saja? Tidak...tapi seluruh rakyat bila bangun tanpa kira fahaman dan ideologi inilah yang membawa kejayaan tumbangnya regim Mubarak di Mesir dan Ben Ali di Tunisia.
Sumbatlah seberapa banyak video seks dan kotor kepada rakyat tapi bila rakyat dah sedar bahawa ini semua hanya sebahagian asam garam politik kotor pemerintah masa tu dah tak berguna lagi.
Kalau parti Pas ,PKR, DAP dipandang tidak bersih Umno-BN lebih kotor dan jijik dalam bermain politik.Hanya manusia yang berakal dan berfikiran waras saja faham apa dia politik kotor dan jijik Umno-BN.Siapa yang celakakan hak bumiputera kalau bukan Umno dengan lesapkan saham bumiputera RM52 bilion.Siapa bunuh Altantuya?Siapa rembat tanah rezab Melayu? Siapa rembat dan kaut komisen kapal selam Scorpene?Ini semua Umno tak berani debat dan jawab yang pandai hanya sensasikan video lucah dan cerita liwat sejak dulu, kini dan selamanya.
Banggakah kita jadi Melayu yang disogok dengan cerita liwat dan video lucah tak habis-habis sebagai modal politik tapi dalam masa yang sama rakyat ditekan dengan kenaikan harga barang dan petrol yang melampau-lampau.Ini sebenarnya yang mahu ditutup supaya rakyat tak terasa dengan penipuan yang dilakukan Umno-Bn kepada rakyat.
Banggakah kita jadi pemimpin Melayu yang ditipu pemimpin bangsat MCA dalam isu skandal PKFZ?
Baca juga;
Dakwaan terbaru ke atas Anwar sangat serius jika benar:MB Selangor-TMI
Tekonologi video dan kempen jatuhkan seteru-Malaysiakini
Pas minta polis siasat video lucah fitnah Anwar-harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan