Isnin, 11 April 2011

Beranikah pengundi Sarawak tumbangkan Taib Mahmud?

Adakah jumlah yang ramai hadir dalam ceramah Pakatan Rakyat dalam pilihanraya negeri Sarawak menunjukkan suara rakyat yang mahu tumbangkan Taib Mahmud dan BN di Sarawak?

Orangramai yang hadir dalam ceramah PR datang sendiri-sendiri bukan diangkut dengan bas untuk ramaikan majlis ceramah PR tapi BN terpaksa gunakan bas angkut penyokongnya untuk penuhkan stadium.

Harus diingat dalam pilihanraya kecil di Semenanjung jumlah orang ramai yang hadir dengar ceramah PR bukan semua orang tempatan tapi orang luar daripada tempat mengundi.Contoh macam pilihanraya kecil dun Tenang.Buatlah ceramah tang mana pun ramai yang datang dengar tapi bila hari mungundi dan pengumuman siapa yang menang Pas kalah!

Begitu juga di Kerdau dan Merlimau fenomena ini sama .Bagaimanapun di Sarawak sekarang ini akan berlangsung pilihanraya negeri kalau ramai pengundi bagi sambutan luar biasa kepada ceramah PR mungkin sikit sebanyak akan merubah Sarawak kepada PR! Apa pun beranikah pengundi Sarawak buat perubahan dengan menumbangkan Taib Mahmud dan BN di Sarawak?

Walaupun PM Najib kata Taib Mahmud akan berundur segera selepas pilihanraya negeri Sarawak berlangsung adakah janji itu akan tertunai jika BN terus perintah Sarawak selepas pilihanraya tamat?Berani sangatkah Najib dengan Taib Mahmud yang amat berkuasa di Sarawak nak halau Taib Mahmud daripada jawatan Ketua Menteri Sarawak? Kalau Taib takut dengan Najib takkan Taib kata Najib buat kerja bodoh dalam isu kitab Bible di cap nombor siri.

Kata Taib"Saya yang bercakap kepada Perdana Menteri. Saya bagi tahu dia, adalah idea yang bodoh bagi mengecap nombor siri.
"Saya bagi tahunya supaya hentikannya dan dia kata 'baik, saya setuju dan akan menghentikannya'. Jadi dia hentikan cap nombor siri itu.
"Jadi sekarang, tidak ada lagi benda-benda mengarut ini,” kata Taib.Baca di sini.

Baca juga;
BN dibayangi 'dilema', Pakatan mula raih sokongan-Themalaysianinsider
Najib mula kempen enam hari, jamin Taib akan undur 'segera'-Themalaysianinsider
Anwar:PM datang selamatkan Taib-Malaysiakini
BN dalam bahaya?Najib berkampung di Sarawak-Malaysiakini
PM:Taib akan berundur, percayalah-Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan