Jumaat, 15 April 2011

Kes Altantuya :Kalau libatkan pembangkang dah cari sampai dalam kelambu

Seperti yang saya katakan akuan bersumpah Raja Petra Kamarudin mesti disiasat semula atau buka siasatan semula kes pembunuhan Altantuya bukan hanya nafi dimulut semua isu boleh selesai macam tu ja.Najib-Rosmah yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya dalam akuan bersumpah Raja Petra boleh rasa bersyukur kerana rasa terselamat bila Raja Petra kata beliau tak tuduh Najib-Rosmah terlibat kes Altantuya.Banyak senang , banyak cantik ..tu saya kata RPK tu bukan hakim mana-mana mahkamah di Malaysia tapi seorang Blogger saja dan bekasa tahanan ISA.Beliau juga jika pulang ke Malaysia ada kes sedang menantinya.

Cuba kalau kes Altantuya yang didakwa RPK dalam akuan bersumpahnya yang terlibat ialah pemimpin pembangkang rasa-rasa pihak polis cari sampai dalam kelambu dah.Ambik bom c4 kat mana, siapa arahkan UTK bunuh Altantuya, siapa arahkan maklumat keluar masuk Altantuya ke negara ini dihapuskan ...mampoih dikerjakan pihak polis..

Kini dengan pendedahan RPK di Tv Umno pihak Angkatan Tentera Malaysia pun tak senang duduk turut terima tempias nafikan apa yang RPK kata.Apa pun RPK harus diucapkan terima kasih kerana sentiasa mengingatkan rakyat Malaysia tentang isu Altantuya.Siapa jadi dalang bunuh Altantuya , siapa jadi dalang arahkan dua anggota polis UTK bunuh Altantuya tidak terjawab hingga kini macam dalang video lucah Datuk T walaupun ngaku jadi dalang belum didakwa dan dihadapkan di mahkamah.Yang dicari siapa pelakon video lucah .

Negara kita pemimpin yang jadi dalang buat segala kejahatan tak salah yang salah cuma kambing hitam!

Tentera nafi dakwaan Raja Petra tiada 'laporan risikan' kes Altantuya-M'insider

Kementerian Pertahanan hari ini menafikan pernah wujudnya “maklumat” berkaitan kes wanita Mongolia Altantuya Sharibuu — dirujuk sebagai laporan risikan, yang didakwa Raja Petra Raja Kamaruddin diperoleh daripada sumber-sumber boleh dipercayai, untuk digunakan dalam akuan bersumpah (SD) tiga tahun lalu.

Raja Petra mendakwa memperoleh daripada beberap sumber, termasuk yang dikaitkan dengan peranan Kolonel Azmi Zainal Abidin — orang nombor dua dalam unit risikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini, Panglima ATM Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, “pihak ATM ingin menegaskan bahawa maklumat disampaikan oleh Kolonel Azmi kepada Raja Petra Kamarudin adalah palsu.”

“... dan tidak pernah wujud dalam simpanan ATM. Tindakan Kolonel Azmi adalah bersifat peribadi dan tiada sebarang kaitan dengan ATM,” kata beliau.

Azizan berkata, Leftenan Kolonel Azmi yang dimaksudkan Raja Petra adalah seorang pegawai Tentera Darat yang kini berpangkat kolonel dan telah melepaskan jawatan Timbalan Ketua Anggota Tentera Cawangan Khas sejak 14 Januari 2008.

Beliau kini sedang bertugas di Markas Tentera Darat, kata Azizan.

Azizan juga berkata siasatan terhadap dakwaan yang dilaporkan akan dilaksanakan dengan secepat mungkin dengan satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut.

“Hasil siasatan akan dijadikan asas terhadap tindakan yang akan diambil oleh ATM,” katanya lagi.

Sehubungan itu kata Azizan, pegawai kanan terbabit telah dilepaskan daripada sebarang tugas rasmi sehingga siasatan selesai.

Dalam satu temu bual bersama TV3 kelmarin, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan wanita Altantuya.

Sebaliknya, pengendali portal Malaysia Today itu berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil alih jawatan perdana menteri.

Sehubungan itu kata Raja Petra, SD yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu.

Menurut Raja Petra, seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi juga memberi maklumat yang sama.

“Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil,” katanya.

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.

Raja Petra turut menamakan blogger Din Merican. Yang lain ialah Nik Azmi Nik Daud dan John Pang, kedua-duanya pernah bekerja di pejabat veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam SDnya, Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

“Dalam SD (akuan bersumpah) saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita.

“Dan, pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam SD,” kata Raja Petra.

“Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. “Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini ke depan,” kata beliau.

Altantuya didapati dibunuh dan kemudian diletupkan menggunakan bom C4 pada akhir 2006.

Dalam tulisan terbaru di portalnya semalam, Raja Petra berkata, selepas SDnya muncul beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dikenakan tuduhan hasutan dan fitnah.

“(Kemudian) saya bertanya Nik Azmi satu naskhah laporan (risikan itu).

“Bul (Nik Azmi) berkata dia tidak ada (laporan) itu lagi. Keseluruhan fail sudah dicincang, kata Bul. Sudah pasti mereka ada naskhah sokongan, kata saya,” tulis Raja Petra.

Raja Petra seterusnya menulis Nik Azmi kemudian memberitahu beliau bahawa “maaf, tiada salinan sokongan.”

“Laporan itu sudah tidak wujud lagi. Sebenarnya keseluruhan fail itu sudah tidak wujud lagi,” katanya lagi.

Raja Petra juga berkata, beliau memberitahu polis perkara ini kepada polis ketika masih ditahan di bawah ISA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan