Ahad, 24 April 2011

Tahniah Mahfuz, Tahniah KASE

Polis hapus sistem perangkap kelajuan, kata timbalan IGP-M'insider

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan lagi sistem perangkap kelajuan, yang menjadi sebahagian daripada punca rungutan mengenai notis saman ekor selama ini.

Sebaliknya Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan bertindak telus dan akan memberi amaran kepada kepada para pemandu mengenai operasi mengesan kelajuan memandu terlebih dahulu.

Sistem perangkap kelajuan menggunakan kamera telah digunakan hampir dua dekad oleh PDRM.

“Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus),” kata beliau kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Banyak pihak mempertikaikan notis saman yang dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan.

Ada yang mewujudkan jawatankuasa atau pertubuhan bukan kerajaan membantah sistem itu, antara Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang mahu kerajaan menghapuskan sistem notis saman ekor.

Bagaimanapun kata beliau, jika dikenakan saman pemandu-pemandu terbabit mesti menjelaskan saman.

“Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar,” katanya dipetik Bernama Online.

Khalid membuat kenyataan itu apabila seorang peserta dialog mengutarakan mengenai kekerapan kehadiran polis di jalan raya sejak kebelakangan ini menyebabkan pemandu lebih berdisiplin berbanding sebelum ini di mana ada anggota polis yang menyorok di hujung jalan dan kemudian keluar dari persembunyian dan menahan pesalah trafik.

Khalid kemudian memberitahu sidang media bahawa kehadiran anggota polis secara ketara dalam operasi lalu lintas telah dimulakan tidak berapa lama dahulu.

“Jangan terkejut bila kena saman... kita tidak seharusnya menyorok, kita akan keluar dan menguatkuasakan undang-undang,” katanya.-M'insider

Pihak berkuasa juga kena batalkan blacklist pemandu yang kena saman ekor daripada renew roadtax.

File -Kase edar risalah bantah saman ekor-Harakahdaily
File-Kase tetap mahu sistem saman ekor dimansuh-M'insider , Ogos 2010

3 ulasan:

  1. tahniah dato'.itulah pentingnya ada pembangkang.lebih2 lg yg memikirkan ttg kehidupan rakyat marhaen.umnobn x bleh diharap mmbela rkyt.dahlah islam pn x mau,kehidupn rkyt pn x peduli..tgok sj hga barang sentiasa naik (bn=barang naik=be end)jom tukar bn kpd pakatan rakyat..kami mau pemerintahan dari rakyat utk rkyat.bukan bn utk kroni n suku sakat dia.

    BalasPadam
  2. Tahniah KASE. Kemenangan di pihak rakyat.

    BalasPadam
  3. polis malaysia tak gentleman..nak kuatkuasa undang undang tapi main sorok sorok...kalau main sorok sorok itu bukan nak kuatkuasa undang undang..itu nak pekena rakyat..sistem macam tu ala ala gestapo...bagus la kalau gentleman...baru adil..

    BalasPadam