Jumaat, 15 April 2011

Siapa arahkan UTK bunuh Altantuya?


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab persoalan siapa yang mengarahkan dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau berkata persoalan mengenainya gagal dijawab Najib sehingga hari ini.

Anwar merujuk kepada akuan-akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh P. Balasubraminiam dan Raja Petra Kamaruddin pada 2008.

Menurut Anwar, pendedahan-pendedahan yang dibuat dalam akuan bersumpah tidak dijawab oleh Najib.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan oleh Raja Petra dalam temu bual bersama Tv3 oleh wartawan dari sebuah syarikat televisyen swasta.

Pengarang Malaysia Today itu dalam temu bual bersama Tv 3 semalam menafikan beliau percaya Rosmah Mansor hadir di tempat kejadian Altantuya Shaariibuu dibunuh.

Namun ia hanya bertujuan untuk menarik perhatian supaya polis menyiasat kandungan keterangan bersumpah yang dibuatnya.

Raja Petra sekali lagi menegaskan kenyataan bersumpah yang dibuat oleh beliau adalah berasaskan maklumat bahawa perisikan Angkatan Tentera Malaysia mempunyai sebuah laporan mengesahkan kehadiran Rosmah dan dua pegawai tentera apabila Altantuya mati dibom pada Oktober 2006.
-TVSelangor.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan