Hari ni tak dan nak tengok apa-apa kat internet sebab balik kampung di Kedah tengok ibu saya yang uzur dan dimasukkan ke hospital kerana sakit tua.Dah dekat sebulan sakit dan dibedah kerana hadapi masalah saluran usus yang bocor.Selepas dibedah dah sihat bawa balik rumah sakit lagi bawa lagi masuk ICU dan kini dah 5 hari kena tahan dekat wad.Hanya mampu berdoa kepada Allah SWT supaya ibu saya selamat dan kembali sihat.
Tak sat ni baru dapat buka internet tengok tulisan Wira Arjuna di Malaysiakini yang menulis mengenai isu video lucah dan arwah Sarbani yang mati jatuh bangunan SPRM Wilayah Persekutuan antara lain beliau menulis;
Suruhanjaya diraja mahu diperalatkan lagi?-Malaysiakini
Nazri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjawab kepada keluarga Sarbani kenapa Jemaah Menteri menganggap kematian Allahyarham “tidak sama” dengan kematian Teoh Beng Hock walhal kedua-dua mereka mati dalam perkarangan pejabat SPRM.
Yang jelas, kes Sarbani menerima reaksi yang begitu hambar daripada Najib dan Jemaah Menteri sendiri kerana fokus mereka adalah sebuah video lucah yang dipergunakan untuk mengaib musuh politik utama Umno-BN iaitu Anwar.
Ramai pihak menggeleng kepala dengan persoalan sama - Kenapa video lucah memerlukan penubuhan RCI manakala kematian seorang pegawai kastam dibiarkan “mengikut prosedur undang-undang yang ada”.
Oh ya, kerana Anwar mungkin jadi PM, kata Nazri dan juak-juak Umno.
Mungkin Anwar akan jadi PM… hakikat adalah Najib sudahpun menjadi PM sementara kematian Altantuya dan pembayaran komisyen untuk kapal selam masih belum terjawab.
Hakikat juga adalah satu lagi nyawa sudah diragut di pejabat SPRM dalam keadaan mencurigakan.
Ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham Sarbani diiringi dengan persoalan di mana letaknya keutamaan Jemaah Menteri dalam memberi pembelaan kepada rakyat.
Namun, semua pertanyaan ini tidak akan memberi kesan kepada Umno dan BN.
Kematian seorang pegawai kanan Kastam tidak akan mengalih Umno daripada misi mengaibkan Anwar sebaik mungkin.
Nazri berkata jika “rakyat” tidak puas hati dengan hasil siasatan polis terhadap isu video lucah itu, maka RCI akan ditubuhkan untuk menyiasat siapa pelakunya dan sama ada unsur zina berlaku.
Bagi mereka yang arif dengan simpang siur Umno, kenyataan Nazri itu dilihat sebagai satu ugutan halus untuk polis memastikan siasatan mereka mendapati Anwar adalah pelaku yang melanggan khidmat pelacur dalam rakaman berkenaan.
Sebarang hasil siasatan polis yang tidak merumuskan sedemikian akan mengundang limpahan memorandum daripada PERKASA, GAPS dan badan-badan yang kononnya mewakili rakyat, menuntut di tubuhkan RCI.
Inilah “rakyat” jati yang dimaksudkan oleh Nazri dan suara mereka menjadi pedoman kepada beliau dan Jemaah Menteri pimpinan Najib.
Persoalannya kenapa badan-badan ini dan Nazri begitu gah membawakan isu RCI ketika polis masih menjalankan siasatan?
Kenapa tidak tunggu sehingga siasatan polis selesai dan biar polis sendiri mempamerkan ketelusan siasatan bersabit video lucah itu sebelum langkah susulan dipertimbangkan?
Jawapannya adalah terikat kepada keinginan dan keghairahan Umno untuk mengaibkan Anwar seberapa lama yang boleh.
Tidak puas hati dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang sekadar mengesahkan video itu tulen namun pelakunya belum dikenalpasti, Umno mengatur langkah mempersiapkan sebuah RCI pula untuk memastikan Anwar terus diaibkan.

Namun Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Sharzyl Eskay dan Datuk Shuib Lazim yang mengaku menayangkan video kepada media masih bebas.
Hubungan mereka dengan Umno adalah amat jelas, malah mereka dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri pada 22 Mac, sehari selepas video berkenaan disebarkan dan identiti mereka terbongkar.
Haruskah rakyat percaya bahawa Najib dan Kabinetnya, termasuk Nazri bertindak atas kepentingan nasional semata-mata dalam mengusulkan penubuhan RCI bersabit sebuah video lucah.
Bagaimana pula dengan keperluan untuk memberi pembelaan setimpal kepada Allahyarham Sarbani dan mendiang Altantuya?
Dalam dunia politik matlamat menghalalkan cara, lebih-lebih lagi apabila kelangsungan Umno bergantung kepada agenda memusnahkan Anwar Ibrahim baik dari segi politik mahupun maruahnya sebagai seorang insan.-Wira arjuna-malaysiakini.
Baca juga;
Kes Sarbani:Inkues hanya jika ada keraguan, kata Najib-Tmi
Datuk T Shuaib lepaskan jawatan bendahari Perkasa-Tmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan