Ahad, 3 April 2011

Umat Islam Malaysia 'cool' bila paderi Terry Jones buat kempen bakar Al-Quran?

Jones mahu anjur lagi kempen bakar Al-Quran 22 April-Tmi

Pemimpin gereja fundamentalis dari Florida, yang mengetuai kempen membakar al-Quran bulan lalu dan membawa kepada demonstrasi berdarah di Afghanistan, berdegil akan mengadakan protes lebih besar di masjid paling besar di Amerika Syarikat akhir bulan ini.

Rancangan itu dikhuatiri akan memburukkan lagi ketegangan yang dirasakan di beberapa bahagian lain dunia.

Laporan Reuters menyebut demonstrasi dua hari berturut-turut, semalam dan kelmarin, di Afghanistan termasuk tindakan menceroboh pejabat PBB telah menyebabkan hampir 20 orang terbunuh.

“Matlamat kami ialah membawa kesedaran mengenai elemen radikal yang ada dalam Islam,” kata Pastor Terry Jones dalam temu bual dengan Reuters di sini semalam.

Satu gambar naskhah al-Quran dibakar juga didapati dimuatkan pada skrin komputernya.

“Sudah pasti sesuatu yang sangat teruk melihat orang dibunuh atau terbunuh. Pada sebelah lain saya merasakan ia menunjukkan elemen radikal Islam,” katanya lagi.

Jones, seorang bekas pengurus hotel sebelum tukar kerjaya sebagai pastor, yang mendakwa al-Quran mendorong kegagasan berkata, dia akan meneruskan satu protes pada 22 April ini - di pekarangan masjid terbesar di Amerika Syarikat iaitu Dearborn, Michigan.

Presiden Barack Obama juga mengecam perbuatan membakar al-Quran tetapi tidak menyebutkan nama Jones.

Beberapa pemimpin Kristian dan Islam di Amerika Syarikat juga mengecam jones dan gereja kecil Dove World Outreach Center yang mempunyai sekitar 30 ahli.

Jones merancang untuk membakar al-Quran sempena ulang tahun kesembilan sempena 11 September tahun lalu tetapi mengubah fikiran.

“Salah satu tragedi besar ialah gereja kecil ini menyebabkan kegemparan,” kata Geoff Tunnicliffe, pengarah World Evangelical Alliance International, yang menghimpunkan gereja evangelis dari lebih 100 negara.

“Soalan saya kepada dia (Jones), ‘Mengapa anda mahu memprovokasi orang kepada respons macam ini, dengan memang mengetahui apakah kesannya?” kata beliau.

Pegawai-pegawai kerajaan di Pakistan dan Afghanistan mahu pihak berkuasa menahan Jones meskipun kritikan dan tindakannya dibenarkan di bawah undang-undang kebebasan berucap di Amerika Syarikat.

Pada 20 Mac lalu, Jones mengetuai Hari Antarabangsa Keadilan Al-Quran dan kemudian menyelia pembakaran kitab suci itu yang dihadiri sekitar 50 orang. Program itu berlangsung kira-kira enam jam.

Video yang menunjukkan naskhah-naskhah yang direndam dalam minyak tanah dan kemudian dibakar disiarkan menerusi laman web Dove World Outreach Center.-Themalaysianinsider.

Sepatutnya umat Islam di Malaysia keluar daripada politik kepartian yang melampau-lampau untuk bersatu suarakan bantahan secara besar-besaran tanpa mengira ideologi politik menentang sikap biadap paderi Kristian tersebut.Di mana duduknya NGO2 Islam yang beratus-ratus yang tidak bersuara dalam hal ini ketika wahyu Allah SWT dihina.Mengapa berdiam diri?Mengapa jadi dayus dan pengecut?

Jika isu video seks lucah, hak bumiputera dicabul, isu ekonomi kamu semua lantang bersuara tapi bila libatkan kehinaan yang meghiris hati umat Islam diperkotak-katikkan lidah kamu semua jadi kelu untuk mengecam sikap biadap Paderi celaka tersebut?Di negara miskin seperti Afghanistan berpuluh-puluh mati dalam siri demontrasi anti paderi celaka tersebut.Kita...kita buat apa?


Pastor Terry Jones pada satu sidang media 8 September 2010 di Gainesville, Florida ketika bercadang mahu membakar al-Quran. — Foto Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan