Isnin, 18 April 2011

Pasca PRN Sarawak:Pemimpin Pas patut rasa malu pada TGNA

Ini cakap-cakap orang Pas di Kedah selepas Pas tewas di 5 kerusi yang Pas bertanding dalam pilihanraya negeri Sarawak;

Pemimpin Pas yang tak turun berkempen dalam pilihanraya negeri Sarawak patut rasa malu kepada Murshidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz yang dah tua tapi tetap turun berkempen tanpa memikirkan masalah kesihatan beliau .

Cuba bandingkan pula pemimpin Pas yang lain termasuk yang jadi ketua kerajaan negeri tapi langsung tak turun ke Sarawak kononnya kerana sibuk nak jaga negeri takut tumbang dirampas Umno.Sibuk sampai tara mana sampai lupa kata ada pilihanraya negeri Sarawak.

Pas harapkan kemenangan sulung di Sarawak tapi buat kerja nak menang tak tara mana pun.

Kalah menang adat bertanding tapi Pas kena suluh kenapa Pas tak dapat bertapak di Sarawak.

Pas sudah tentu akan buat 'bedah siasat' punca Pas kalah, tapi kalau pil untuk punca Pas kalah tetap sama macam bedah siasat setiap kali kalah pilihanraya yang lain tak dak beza apa pun..hanya sekadar bedah siasat sajala.

Sama juga macam Pas harapkan kemenangan di prk Kerdau dan Merlimau tapi ada pemimpin Pas langsung tak jenguk muka di dua PRK tersebut.Menang mau turun kempen tak mau.

Setiap kali ada pilihanraya kecil dan negeri TGNA hadir untuk berkempen tapi ini tidak dijadikan contoh oleh sesetengah pemimpin Pas.

Najib dan Muhyiddin Yaasin berkampung di Sarawak untuk BN terus berkuasa di Sarawak..pemimpin Pas?

DAP bekerja keras PRN Sarawak, dan mereka memang patut dan layak menang dengan 12 kerusi daripada 15 kerusi yang mereka tandingi.Baca juga di sini dan di sini.

Baca juga;
Penyokong Pas tidak perlu murung dengan Sarawak-Harakahdaily

3 ulasan:

  1. Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

    maaf ye! copy & paste.

    BalasPadam
  2. Hang kata kat Azizan ka Misai?? Dia ak payah duk pi la..Kedah negeri dia pun tak tentu lagi ni..Elok sangat dia tak pi kempen sana. Sini pun tak ketahuan hala..Tapi duk tersengeh macam tu la..

    BalasPadam
  3. Dah rasa cerdik sangat x perlu kerjasama dgn parti lain, tubuhlah parti lain & jadi ketua sekali.

    BalasPadam