Ku Li ulangi kembalikan hak royalti Kelantan-Malaysiakini
Bekas Menteri Kewangan Tengku Razeligh Hamzah menggesa Putrajaya menghentikan sebarang amalan menganak-tirikan kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dan merujuk kepada isu royalti minyak Kelantan sebagai contoh hak rakyat negeri dinafikan .
"Saya rasa tak ada perkara yang patut menghalang pemberian wang tunai ini daripada dilanjutkan ke negeri berkenaan (Kelantan). Ada minyak bayarlah, " kata Tengku Razaleigh dalam wawancaranya dengan TV Selangor.
"Tak ada (wang ehsan) dalam Akta Kemajuan Petroleum. Wang ehsan ini sedekah. Rakyat (Kelantan) bukan nak minta sedekah, Ini (royalti) hak dia," kata beliau.
Tokoh veteran Umno itu menegaskan Kerajaan Pusat tidak harus menganaktirikan kerajaan negeri walaupun dokongan politik masing-masing berbeza kerana ia hanya menyusahkan rakyat.
"Tak kira siapa kerajaan pun, Sama ada di Kelantan, Kedah, Pahang, Selangor dan Johor sama sahaja. Jadi kalaulah hendak menganaktirikan negeri sebab berlainan politik, tak patut (kerana) yang menanggungnya adalah rakyat, bukan kerajaan yang berkuasa.
"Tak ada keadilan dari segi itu," katanya.Kerajaan negeri dibelakangkan
Menurut Razaleigh konsep federalisme di Malaysia tidak akan bermakna jika hak-hak kerajaan negeri dibelakangkan.
"Kalau kita dengar ada negeri yang tak dapat layanan sewajarnya, saya rasa itu tak patut. Ia bertentangan dengan semangat persekutuan itu sendiri. Jadi tak ada makna adanya (konsep) persekutuan kalau semangat kerjasama dan tolong menolong tidak diteruskan,"katanya.
Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan adalah di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Pemimpin negeri berkenaan sering merungut dipinggirkan dalam pelbagai program kerajaan pusat.
Pengagihan peruntukan untuk negeri-negeri berkenaan didakwa tidak setimpal berbanding negeri di bawah pemerintahan Umno-BN.
Razaleigh berkata tuduhan bahawa kerajaan persekutuan menganak-tirikan kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat tidak boleh ditolak begitu sahaja.
"Saya dengar ada pihak pusat nak cuba sabotaj pentadbiran negeri. Saya dengar di Pulau Pinang, bukan dari pihak yang berkuasa di negeri itu, tetapi dari rakyat yang memberitahu saya ada (yang) dihasut pegawai supaya jangan beri kerjasama dan sebagainya. Saya rasa tak patut.
“Seharusnya wajib diberi kerjasama kepada siapapun yang memerintah sebaik mungkin untuk sampaikan khidmat dan apa yang perlu kepada rakyat," katanya.
Mengimbau isu royalti minyak Kelantan, Razaleigh berkata Kelatan tidak harus dilayan berbeza daripada Sabah dan Sarawak semata-mata kerana negeri pantai timur itu dibawah penguasaan PAS.
"Kalau negeri nak terima lima peratus, syaratnya minyak kena ada berhampiran dengan negeri. Sabah dan Sarawak terus dapat (royalti). Kalau ikut (prosedur itu), Sarawak pun tak boleh dibayar. Maknanya kerajaan boleh arahkan Petronas jangan bayar Sarawak," katanya.
"Sebenarnya perdana menteri adalah menteri bertanggungjawab mengenai minyak di negara ini mengikut Akta Kemajuan Petroleum. Tapi pelaksanaan akta ini tidak betul. Sepatutnya Majlis Petroleum Kebangsaan menasihati perdana menteri mengenai perkara-perkara seperti cari gali dan penyimpanan rizab.
"Sepatutnya Majlis Petroleum Kebangsaan dianggotai pegawai kanan kerajaan persekutuan dan negeri pengeluar minyak. Mereka sepatutnya menasihati perdana menteri, namun majlis ini tak wujud sekarang, “ katanya.-Malaysiakini.
Berapa ramai pemimpin Umno yang berfikiran seperti Ku Li yang tidak memperjuangkan politik kepartian dalam menuntut hak rakyat Kelantan dan negeri-negeri yang ditadbir PR.Pemimpin Umno Kelantan Mustapha Mohamed dan Awang Adek yang juga menteri kabinet langsung tak berani bersuara untuk rakyat Kelantan tanpa mengira fahaman politik untuk kebaikan rakyat Kelantan.Mereka hanya pentingkan perut sendiri bukan nasib rakyat Kelantan untuk dapat royalti yang jadi hak Kelantan.Mereka pertahankan dakwaan bahawa minyak yang diterokai bukan berada dalam perairan laut Kelantan .Bohong rakyat tak habis-habis!
Sayang suara Ku Li hanya laku bila Umno mahu perkudakan Ku Li dalam pilihanraya kecil Dun Galas.Lepas tu suara Ku Li dah tak dilayan oleh pemimpin Umno negeri dan pusat.Kesiaan.Nasib Ku Li dan Khairy Jamaludin Ketua Pemuda Umno Malaysia sama dalam Umno ..tak dak apa.
Ku Li juga kata isu video seks lucah memalukan rakyat Malaysia, main politik kotor dan jijik untuk jatuhkan parti lawan.Pemimpin Umno mana yang berani bersama Ku Li dalam menolak politik kotor Umno yang begitu amat perkauman walaupun sama-sama Melayu?
Umno parti pendendam dari dulu, kini dan selamanya tak habis-habis menyiksa nasib bangsa sendiri yang tak sama fahaman politik dengan mereka.Orang Melayu Umno patut buka mata dengan apa yang Ku Li kata ..dok tunggu apa lagi dalam Umno..
melayu umno buka lah sikit ruang dlm otak untuk berfikir, buka ruang dlm hati untuk rasa simpati sesama melayu dan bangsa lain untuk hidup harmoni, jangan kerana kita senang sedikit kita lupa kesusahan ramai.Allah swt. menguji kita dengan berbagai cara......Allahualam
BalasPadam