Khamis, 14 April 2011

RPK bukan hakim


Terimakasih sangat-sangat kepada Raja Petra Kamaruddin (RPK) kerana mengingatkan kembali isu pembunuhan Altantuya yang mati dibom hingga berkecai apabila beliau muncul dalam TV Umno dengan mengatakan beliau tak kata pun PM Najib-Rosmah terlibat bunuh Altantuya.

Najib dan Rosmah pula terkinja-kinja seronok dengan pendedahan RPK yang disiarkan media Umno kata beliau tak tuduh Najib-Rosmah terlibat bunuh Altantuya.Kata RPK,

“Dalam SD (akuan bersumpah) saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita.

“Dan, pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam SD,” kata Raja Petra yang kini berada di Australia.

“Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap.

“Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini ke depan,” kata beliau.

Kata Raja Petra, beliau telah menyebutkan nama-nama orang terbabit.

“Saya sebut semasa siasatan polis,” katanya lagi.Baca di sini.

Persoalannya kenapa akuan bersumpah RPK itu tidak disiasat pihak polis?Najib boleh bersihkan namanya di mahkamah bukan hanya dengan kata-kata RPK yang kata beliau tak tuduh pun Najib-Rosmah terlibat bunuh Altantuya!Nak bersih nama Najib bukan dengan RPK dijadikan hakim tapi tempatnya di mahkamah.Bodoh sangatla kalau hanya dengan interview RPK kata Najib-Rosmah tak terlibat bunuh Altantuya semua kira settle lepas tu Najib boleh gelak seronok sampai telinga dan bersyukur sangat-sangat sebab nama Najib dah bersih hanya dengan RPK dijadikan hakim! Siasat la dulu akuan bersumpah RPK tu...tu baru betoi.Adakah RPK boleh pulang dengan selamat ke Malaysia selepas beliau kata tak tuduh pun Najib-Rosmah terlibat bunuh Altantuya.Balik la tengok kalau tak kena tangkap..ajak sama P.Balasubramaniam penyiasat persendirian yang ada kaitan kes Altantuya yang dua kali buat akuan bersumpah pulang ke Malaysia.

Kenapa Najib takut untuk ke mahkamah berbanding Anwar Ibrahim yang keluar masuk mahkamah, lokap dan penjara untuk hadapi apa jua isu yang melanda beliau?Kalau Najib tak takut tubuhlah suruhanjaya di raja untuk siasat kes pembunuhan Altantuya macam kerajaan sibuk sangat nak tubuh suruhanjaya di raja siasat kes video lucah sedangkan dalang video lucah terlepas begitu saja tanpa sebrang pendakwaan.Salah tak salah polis kena siasat akuan bersumpah RPK.Mulut RPK tak boleh dijadikan hakim untuk Najib tenang tanpa bayang-bayang Altantuya.

Kita rakyat ni bukan berjuang kerana kata-kata RPK, kerana Anwar atau kerana Tok Guru Nik Aziz tapi kita berjuang lawan UMno-Bn nak bagi mampoih ni yang jadi agenda nombor satu.Yang ni kita kena faham betoi-betoi.Kalau berjuang kerana orang, kerana pemimpin saya ingat parti Pas mampoih lama dah!

Umno -Bn ambik kesempatan dicelah-celah gelombang kebangkitan rakyat Sarawak untuk tumbangkan Taib Mahmud dan BN Sarawak dalam pilihanraya negeri Sarawak dengan jadikan isu RPK sebagai bahan kempen di Sarawak.Musuh rakyat Sarawak ialah Taib Mahmud bukan Anwar Ibrahim atau Tok Guru Nik Aziz.

Baca juga;

Pandangan mengenai Raja Petra,TV3 dan akuan bersumpah-KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan