Khamis, 21 April 2011

Isu Altantuya:Zahid Hamidi bagi 'warning' kepada angkatan tentera


Amaran kepada warga ATM jangan timbulkan fitnah

Para pegawai dan anggota tentera diberi amaran keras supaya tidak menimbulkan fitnah sehingga melanggar undang-undang negara kerana ia boleh memberi implikasi besar terhadap kerjaya masing-masing.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbuatan itu tidak boleh dimaafkan sama sekali kerana warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepatutnya berperanan menjaga keselamatan dan kemakmuran negara.

Sebagai contoh katanya, perbuatan pegawai risik tentera, Kolonel Azmi Zainal Abidin yang menyebarkan fitnah mengenai keterlibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembunuhan seorang wanita Mongolia beberapa tahun lalu tidak dapat diterima sama sekali.

"Fitnah yang disebarkan Kolonel Azmi sehingga menyebabkan (penulis blog) Raja Petra Kamaruddin membuat Akuan Bersumpah memberi implikasi besar ke atas perundangan negara.

"Beliau (Azmi) kini digantung tugas sejak Jumaat lalu dan sudah tentu perbuatan itu perlu dibayar dengan harga yang amat besar," katanya selepas melancarkan penubuhan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang diwujudkan sejak setahun lalu, malam ini.-Utusan Malaysia Online


1 ulasan:

  1. butuh le zahid hamidi, lu ingat pegawai tentera semua bagus ke, ptuiiiih

    BalasPadam